Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

Trossard perlu galas harapan Arsenal


LONDON – Pemain sayap Arsenal, Leandro Trossard berkemungkinan besar akan terus diberikan kepercayaan beraksi selaku penyerang tunggal apabila turun menentang Burnley di Emirates malam ini.

Trossard, 28, membuktikan kehadirannya mampu menambahkan kreativiti di bahagian serangan Arsenal apabila meledak satu gol membantu The Gunners menewaskan Sevilla 2-0 pada aksi Liga Juara-Juara baru-baru ini.

Memandangkan penyerang utama, Gabriel Jesus cedera dan pilihan kedua, Eddie Nketiah masih ‘bertarung’ dengan tahap kecergasan, Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mungkin mengekalkan Trossard mengisi posisi ‘false 9’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Arteta tahu saya gemar menukar posisi dalam perlawanan. Kami mempunyai pemain-pemain yang berkebolehan untuk menghadirkan masalah kepada lawan dan saya gembira saya berjaya lakukannya buat pasukan.

“Jujurnya saya sentiasa mahu tahu apa peranan sebenar dalam pasukan walaupun saya boleh diturunkan di mana-mana bahagian dalam padang. Saya tidak akan lari daripada tanggungjawab.

“Jika anda letakkan saya sebagai penyerang, sayap atau No. 10 di bahagian tengah, saya akan tetap bermain permainan sebenar dan cuba sehabis baik untuk memastikan kemenangan pasukan,” kata Trossard.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Arsenal ketika ini menghuni tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 24 mata hasil tujuh kemenangan, tiga seri dan satu kekalahan daripada 11 perlawanan setakat ini.

Bagaimanapun, kemenangan ke atas Sevilla menamatkan rekod dua kekalahan berturut-turut Arsenal yang sebelum ini tewas 1-3 kepada West Ham United pada pusingan keempat Piala Liga Inggeris dan 0-1 terhadap Newcastle United untuk aksi EPL. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Sukan

0 MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukan itu perlu muhasabah diri bagi memastikan pemain-pemainnya tidak terlalu selesa dengan kejayaan dikecapi selama...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Penyanyi berbakat besar Nadeera berbesar hati apabila namanya dibandingkan dengan penyanyi senior namun enggan perbuatan tersebut dilakukan secara berlebih-lebihan. Kata...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications