Hi, what are you looking for?

Mamak News

Truss pindah kedutaan Britain dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

LONDON: Palestin menyifatkan usaha memindahkan Kedutaan Britain di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis sebagai ‘pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan’.

Duta Palestin di United Kingdom (UK), Husam Zomlot berkata, beliau kesal dengan penampilan pertama Perdana Menteri Britain, Liz Truss di pentas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang menjanjikan mengenai ‘kajian semula’ lokasi pejabat kedutaan Britain di Israel.

“Sebarang langkah pemindahan kedutaan akan menjadi pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan dan tanggungjawab bersejarah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Langkah itu hanya melemahkan penyelesaian dua negara dan menyebabkan keadaan yang sudah tidak menentu di Baitulmuqaddis, seluruh wilayah yang diduduki serta masyarakat seluruh dunia.

“Janji sedemikian adalah tidak bermoral, menyalahi undang-undang dan tidak bertanggungjawab,” ciapnya dalam Twitter.

Truss bertemu rakan sejawatnya di Israel, Yair Lapid mengenai ‘kemungkinan melakukan penilaian semula terhadap lokasi semasa pejabat Kedutaan Britain di Israel semasa UNGA di New York.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas pertemuan itu, Lapid memuat naik ciapan terima kasih kepada Truss dalam Twitter kerana mempertimbangkan langkah sedemikian.

Tindakan itu bakal mengikut jejak bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mencetuskan keputusan penuh kontroversi untuk memindahkan pejabat Kedutaan AS ke Baitulmuqaddis, pada Mei 2018.

Tindakan kontroversi itu disambut baik oleh Israel dan dikritik oleh dunia Arab dan sekutu Barat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika itu, Britain di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Theresa May tidak bercadang memindahkan kedutaan, malah tidak bersetuju dengan langkah AS.-AGENSI


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA NERUS – Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat (KPWKM) akan turut memberi fus membantu kesihatan mental mangsa...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat (AS), Coolio meninggal dunia pada usia 59 tahun, semalam. Menerusi...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. dan ‘pemburu’ makanan warga Britain terkenal, Rhys William yang dilaporkan hilang beserta empat anggota keluarganya pada 27 September...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. RABAT: Sekurang-kurangnya 19 orang maut dan puluhan lagi dimasukkan ke hospital selepas minum alkohol beracun dari sebuah kedai...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications