Hi, what are you looking for?

Mamak News

Tsunami Landa Pantai Pasifik Jepun Selepas Letusan Gunung Berapi Di Tonga


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

ANKARA, 16 Jan (Bernama) — Pantai Pasifik Jepun dilanda tsunami pada Sabtu akibat letusan gunung berapi dasar laut di negara Tonga.

Tsunami setinggi 1.2 meter direkodkan di bandar Amami, manakala tsunami 1.1 meter di Wilayah Iwate, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik kenyataan media tempatan.

Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami setinggi 3 meter mungkin melanda beberapa pulau di barat daya Jepun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Meskipun tiada laporan kecederaan atau kerosakan besar, agensi itu berkata tsunami kecil kurang daripada satu meter dikesan merentasi kawasan pantai Pasifik negara itu.

Pihak berkuasa di kepulauan barat daya wilayah Kagoshima dan kawasan pantai timur laut menggesa penduduk setempat berpindah daripada kawasan berkenaan.

Pusat Amaran Tsunami Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat turut mengeluarkan amaran tsunami bagi pantai barat AS dan Kanada selepas letusan gunung berapi melanda Tonga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gunung berapi itu, yang terletak 65 kilometer di utara ibu negara Tonga Nuku’alofa, telah mula memuntahkan abu, debu dan asap pagi Jumaat.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak menahan tiga bot nelayan Indonesia bersama 34 nelayan dari negara...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Fasa Peralihan Monsun Dijangka Bermula 3 Oktober Ini – MetMalaysia Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) hari ini memaklumkan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KAHERAH: Mengimbas kenangan 11 tahun lalu, ratusan ribu rakyat Mesir berhimpun di Dataran Tahrir untuk menunaikan Solat Jumaat....

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Syarikat pengendali Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) telah memuat naik bebenang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications