Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Tugas Suhaimi kenalkan anak-anak kepada Allah, agama sudah selesai – Ina Naim


KOTA TINGGI – “Tugas dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga mengenalkan anak-anak kepada Allah dan agama Islam sudah selesai.”

Demikian kata isteri kepada Allahyarham Mohd Suhaimi Saad, Nordiana Mohd Naim, apabila memberitahu arwah suaminya itu sempat meluahkan rasa syukur kerana dapat memberi ilmu agama yang sepatutnya kepada anak-anak sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Pada masa sama, Nordiana atau mesra disapa Ina juga bersyukur kerana  urusan pengebumian suaminya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Alhamdulillah, Allah permudahkan urusa. Ikutkan perancangan pengebumian arwah dijalankan pada pukul 10 pagi, tapi dalam pukul 9 pagi semuanya selesai. Allah mudahkan daripada hembus nafas terakhir sampai pagi hari ini alhamdulillah.

“Bila kami bersembang enam beranak, arwah akan pesan kepada anak-anak, abang jaga ibu ayah, ibu jaga anak-anak. Katanya alhamdulillah tanggungjawab sebagai ayah sudah selesai kenalkan kepada Allah, al-Quran, hadis kena pegang kuat-kuat.

“Itu antara yang arwah pesan semasa dia dalam keadaan sakit. Kami juga saling meminta maaf minta halal makan minum,” katanya ketika ditemui di Felcra Sungai Ara, di sini hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ibu kepada empat orang anak itu berkata, buat masa ini dia menghabiskan tempoh iddah di rumah ibu bapanya di Felcra Sungai Ara.

Katanya dia juga masih belum memikirkan perancangan untuk masa hadapan dan akan fokus kepada tempoh iddah selesai terlebih dahulu.

“Saya akan habiskan iddah di rumah orang tua, selepas itu saya fikirkan apa rancangan untuk keluarga seterusnya tapi saya percaya Allah akan mudahkan urusan saya dan anak-anak, ” katanya. -KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Sukan

0 KEADAAN padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hari ini tidak banyak berubah menjelang sepak mula aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications