Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Tujuh bulan baiki jalan rosak akibat banjir


ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri menjangkakan proses membaik pulih jalan-jalan yang rosak akibat banjir di negeri ini akan mengambil masa sehingga tujuh bulan khususnya melibatkan kerosakan besar seperti ke­rosakan cerun dan jambatan akibat tanah runtuh.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, kerosakan melibatkan permukaan jalan seperti berlubang pula boleh dibaiki dalam tempoh beberapa minggu.

Bagaimanapun, katanya, tempoh kerja-kerja membaik pulih jalan itu turut bergantung kepada beberapa faktor khususnya melibatkan peruntukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kerja membaik pulih jalan-jalan rosak pasca banjir ini memerlukan sedikit masa kerana walaupun permukaan sudah ke­ring, tetapi masih ada air di bawah tanah, jadi kerja membaik pulih hanya boleh dibuat selepas air bawah tanah kering.

“Setakat ini, kita telah me­ngenal pasti 36 lokasi jalan rosak khususnya yang melibatkan cerun dan jambatan runtuh, antara kawasan paling teruk terjejas adalah di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram dan juga Felda Chemplak di Segamat,” katanya ketika ditemui pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di Kota Iskandar di sini semalam.

Mohamad Fazli berkata, isu besar yang dihadapi ketika ini adalah proses pemulihan tidak boleh dibuat segera kerana memerlukan kajian teknikal yang boleh mengambil masa sehingga tujuh bulan untuk diselesaikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujar beliau, selepas kajian teknikal, pihaknya perlu melalui proses mendapatkan kelulusan sebelum pemilihan kontraktor bersesuaian.

“Jadi kita berharap JKR (Jabatan Kerja Raya) dan juga syarikat konsesi boleh menggunakan sumber-sumber luar untuk melaksa­nakan kerja membaiki jalan rosak di seluruh Johor,” jelasnya.

Sehubungan itu, Mohamad Fazli­ memberitahu, pihaknya pada dua minggu yang lalu telah menghantar permohonan bagi mendapatkan peruntukan berjumlah RM168 juta kepada

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kerajaan Persekutuan untuk kerja membaik pulih kerosakan jalan.

“Jumlah itu tidak melibatkan keseluruhan kerosakan di Batu Pahat ekoran masih terdapat beberapa kawasan di daerah berkenaan yang masih ditenggelami banjir.

“Jumlah kerosakan sebenar dan keseluruhan peruntukan yang diperlukan untuk membaiki jalan rosak akibat banjir di ­negeri ini akan dikaji semula selepas banjir selesai sepenuhnya,” jelasnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement