Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Lifestyle

Tular Budak Cina Nyanyi Lagu Birthday Kepada Rakan Melayu, Teringat Iklan Petronas Dulu-Dulu


Cikgunya nak pengsan tengok mereka ni, comel sangat!

Tular Budak Cina Nyanyi Lagu Birthday Kepada Rakan Melayu, Teringat Iklan Petronas Dulu-Dulu. Tatkala sebelum ini, platform TikTok di Malaysia dihangatkan dengan isu sensitif berkaitan yang jelas memiliki mesej untuk memecahkan belahkan keharmonian, namun kemunculan video ini sedikit sebanyak mengubat semula kedukaan yang melanda kita beberapa bulan yang lalu.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh seorang guru, Elden Chan (@eldenchan17) di TikTok, kelihatan murid-murid di sebuah kelas di sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina, diketuai oleh seorang kanak-kanak lelaki dilihat begitu ceria menyanyikan lagu selamat hari lahir kepada rakan sekelas yang berbangsa Melayu.

Tular Budak Cina Nyanyi Lagu Birthday Kepada Rakan Melayu, Teringat Iklan Petronas Dulu-Dulu
Tular Budak Cina Nyanyi Lagu Birthday Kepada Rakan Melayu, Teringat Iklan Petronas Dulu-Dulu. Kredit: TikTok @eldenchan17

Aksi yang membuat seluruh rakyat Malaysia ‘cair’ melihatnya

Murid-murid tersebut adalah murid di sebuah SJKC di Kuching, Sarawak, yang mana seorang kanak-kanak lelaki Cina membuat aksi menari-nari di hadapan rakannya sementara rakan sekelas yang lain menyanyikan lagu selamat hari lahir dalam bahasa Cina.

Sebagai rakyat Malaysia, tidak perlu dipersoalkan mengapa video ini menjadi tular. Apatah lagi, kemesraan sebegini mengingatkan kita kepada iklan legenda Hari Kemerdekaan Petronas suatu ketika dulu tentang seorang budak lelaki Cina yang meluahkan rasa sukanya kepada rakan Melayunya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom Tular Budak Cina Nyanyi Lagu Birthday Kepada Rakan Melayu Teringat Iklan Petronas Dulu dulu
Iklan Hari Kemerdekaan Petronas Tan Hong Ming Kredit Youtube <a rel=nofollow noopener target= blank href=httpswwwyoutubecomwatchv=3RCKGStgAC4>Petronas<a>

Melihat aksi ceria tanpa mengira latar belakang sebegini pastinya membuatkan hati kita sejuk memandangnya. Mengenepikan perbezaan kaum dan menyambut momen indah bersama-sama adalah bukti kepada semangat perpaduan yang berjaya diterapkan sejak kecil dan dalam persekitaran harian.

Netizen bagi pujian – Sweet!

Respon terhadap video ini juga amat positif. Ruangan komen video di TikTok rata-ratanya dibanjiri komen terharu dan kagum dengan suasana yang begitu menyentuh jiwa ini.

Tatkala video ini terus tular, bukti persahabatan yang menghangatkan hati ini telah memberikan suatu kegembiraan juga kepada hati orang Malaysia dari segenap lapisan masyarakat. Sesungguhnya ini adalah peringatan buat kita bahawa meskipun dunia tampak berpecah-belah, perkara sederhana seperti inilah yang dapat membawa kita bersama-sama ke depan sebagai rakyat Malaysia.

Malaysia adalah sebuah negara yang membanggakan budaya dan kaumnya yang berbilang kaum. Video ini sememangnya adalah sebagai satu bukti bahawa generasi Malaysia memiliki harapan untuk tidak terus memainkan sentimen dan bersatu padu dalam apa jua hal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memang sampai bila-bila lah rakan Melayu nya tu ingat momen ni. Siap ada yang menari lagi untuk dia. Comel betul. Semoga kekal akrab sampai tua ya adik-adik!

Lagi momen perpaduan yang mempamerkan semangat toleransi rakyat Malaysia:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Terikat dengan kontrak kerja, pelakon Kimberly Chuah mendedahkan 2024 menjadi tahun ketiga tidak dapat meraikan Tahun Baru Cina bersama keluarga...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Susulan permintaan ibu kandung kepada anak angkatnya, penyanyi Noh Salleh tampil membuat permohonan maaf atas ketelanjuran mendedahkan wajah Musa kepada...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Anak sulung kepada pasangan selebriti, Diana Danielle dan Farid Kamil iaitu Muhammad, 11, menumbuk rakan sebaya kerana mengeluarkan kata-kata kesat....

Hiburan

3s KONTROVERSI yang dicetuskan Fatiya Latiff baru-baru ini turut meledakkan single baharunya berjudul Benci dalam TikT. Lagu berdurasi tiga minit yang dilancarkan pada November...

Advertisement