Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Lifestyle

Tular Di Tiktok, Wanita Melontar Jamrah Guna Sandal


Seorang wanita viral melontarkan jamrah dengan menggunakan sandal, dan bukannya batu

Tular Di Tiktok, Wanita Melontar Jamrah Guna Sandal. Ibadah haji adalah rukun Islam yang kelima dan wajib bagi setiap muslim yang mampu secara fizikal dan mental untuk menjalaninya sekali seumur hidup.

Baru-baru ini, satu hantaran video tular di media sosial mengenai seorang wanita berada di Tanah Suci melontar jamrah menggunakan sandal dan bukan menggunakan batu.

Menerusi perkongsian individu di TikTok @baharsar, dipercayai wanita tersebut melempar kedua-dua sandalnya sehingga menjadi pertikaian netizen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, kelihatan jemaah haji yang lain menggelengkan kepala seolah-olah pelik dengan tindakan wanita tersebut kerana membalingkan kedua-dua sandalnya ke dinding berkenaan.

Netizen bingung dengan kelakuan wanita itu

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen bingung dan hairan dengan perbuatan wanita tersebut, kerana yang sepatutnya dibaling adalah batu, bukannya selipar atau sandal.

Sementara itu, golongan bukan muslim turut memberi pendapat dan pandangan mereka mengenai tindakan wanita tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya non-muslim pun tahu diorang akan baling batu je, tapi bukan selipar,” ujar seorang bukan muslim di laman TikTok tersebut.

“Saya tak faham sangat, tapi apa yang saya tahu wanita tu tak hormat di tempat yang suci.

Ada yang mengatakan tempat tersebut tidak bersih

Bahkan, ada juga yang mempersoalkan tempat melontar batu jamrah itu tidak bersih dan kelihatan banyak sampah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Masa aku haji dulu keadaan tak macam ni, satu sampah pun tiada, tenang hati buat lontaran,” kata salah seorang lagi pengguna TikTok.

Warganet turut beri nasihat untuk jaga kelakuan semasa di Tanah Suci

Bukan itu sahaja, segelintir netizen juga memberi nasihat supaya berhati-hati dan jaga kelakuan semasa berada di tanah suci.

“Mak aku pergi Makkah, ada makhluk Allah bagi tahu, yang berjuta-juta menusia datang, sedikit sahaja Allah terima amalannya,” ujar netizen lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bila Allah jemput untuk tunaikan ibadat, bersyukurlah dan tunaikan sebaiknya. Rendahkan ego, jangan tinggikan hawa nafsu.

Untuk makluman, menurut PTS, melontar jamrah atau melontar batu-batu kecil adalah Ibadah sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika menunaikan haji untuk mengingati Allah SWT.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon Azri Iskandar menangkis dakwaan segelintir individu yang menuduhnya sebagai kaki kikis apabila dikatakan suka mengambil kesempatan terhadap wanita. Kata...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Selepas dua tahun bercinta, penyampai radio atau deejay Fly FM, Arieff Yong melamar kekasih asal Sepanyol di sebuah pawagam pada...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Trauma berdepan insiden pembantu rumah melarikan diri sebelum ini, pelakon Datin Elvina Mohamad bersyukur anak kesayangannya yang ditinggalkan di rumah...

Sukan

3s PETALING JAYA – Bekas kapten skuad England, David Beckham meluangkan masa bersama pemain bola sepak wanita negara dalam Program Bola Sepak Wanita Malaysia...

Advertisement