Hi, what are you looking for?

Mamak News

Tular Lelaki Dihanyutkan Arus Sungai Bersama Tandas, Bikin Penduduk Terhibur


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan sebuah tandas hanyut dibawa arus sungai bersama seorang lelaki di atasnya, lapor Suara.com.

Menurut laporan, kejadian itu berlaku di Martapura, Kalimantan Selatan, Indonesia.

“Tandas hanyut dibawa arus di Sungai Martapura, tepatnya di Desa Tunggul Irang, Kabupaten Banjar, Kalimantan Selatan pada Sabtu,” tulis seorang pengguna Instagram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Video tersebut dipercayai telah dirakam oleh salah seorang penduduk yang menyaksikan kejadian itu.

Menerusi video itu, tandas tersebut dilihat terapung dengan membawa timbunan tumbuh-tumbuhan di bawahnya.

Di atas bumbung tandas tersebut, kelihatan seorang lelaki berbaju merah yang dilihat sedang duduk santai walaupun hanyut bersama tandas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut seorang penduduk berhampiran, tandas terapung itu mungkin dihanyutkan arus kerana dihempap oleh sisa kayu dan tumbuhan di sungai berkenaan.

Penduduk juga tidak mengetahui siapa sosok lelaki yang berada di atas tandas ketika ia dihanyutkan.

Tidak cuma itu, mereka juga tidak mengetahui punca lelaki itu naik ke atas tandas tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, terdapat jambatan gantung di hilir sungai tersebut dan lelaki itu mungkin boleh ‘menyelamatkan dirinya’ di situ.

“Tidak tahu puncanya apa, kemungkinan hanya ‘menumpang’ untuk pergi ke jambatan gantung,” kata seorang penduduk.

Kehadiran sampah di sungai itu dikatakan sering berlaku terutama dalam keadaan banjir pada ketika ini, lapor Apakhabar.com.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, banjir yang berlaku pada Disember 2021 dan Januari lalu juga telah merosakkan jambatan akibat dihempap timbunan buluh dari hulu sungai.

Kejadian itu telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan penduduk, mereka merasa kasihan dan ada yang terhibur.

Seorang penduduk yang merakam kejadian itu ketawa kerana  melihat tandas itu melayang tepat di hadapannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penduduk yang berada di sekeliling turut kedengaran ketawa terbahak-bahak kerana menganggap tandas karam itu sebagai kelakar.

Tambah menghiburkan, lelaki yang berada di atas tandas terapung itu tetap tenang, malah sesekali santai menghulurkan kaki di atas bumbung jamban yang dinaikinya.

Sumber: Suara.com, Apakhabar.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Seorang wanita mengakui menyesal dengan tindakan mengambil suntikan ‘filler’ bagi membesarkan saiz payudara apabila terpaksa...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BANDUNG: Satu video yang menunjukkan sejumlah kucing mati akibat ditembak di sekitar kawasan Sekolah Staf dan Komando (Seksko)...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil,...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DHAKA: Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menegaskan ratusan ribu pelarian Rohingya yang mendiami kem yang penuh sesak di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications