Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Lifestyle

Tular Petah Si Kecil Persoal Beza Solat & Sembahyang, Buat Netizen Kagum Toleransi Di Sabah


Tular video TikTok tentang kepetahan si kecil bernama Ammar persoal beza solat dan sembahyang kepada makciknya

Tular Petah Si Kecil Persoal Beza Solat & Sembahyang, Buat Netizen Kagum Toleransi Di Sabah. Di usia yang masih muda dan masih kecil, menjadi satu kebiasaan jika si kecil anda mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi dalam dirinya dengan menanyakan pelbagai persoalan. Pertanyaan-pertanyaan yang diutarakan terkadang boleh dikatakan ringkas tetapi jika jawapan yang diberikan terlalu sulit untuk difahami maka akan mengelirukan juga untuk si kecil anda.

Di TikTok, telah tular satu perkongsian video yang dimuatnaik oleh akaun @ohh_sandraa memperlihatkan kepetahan anak saudaranya dimana anak saudaranya yang bernama Ammar bertanya tentang perbezaan antara solat dan sembahyang.

| Kampungmamakcom Tular Petah Si Kecil Persoal Beza Solat Sembahyang Buat Netizen Kagum Toleransi Di Sabah
Tular Petah Si Kecil Persoal Beza Solat Sembahyang Buat Netizen Kagum Toleransi Di Sabah Sumber gambar TikTok <a rel=nofollow noopener target= blank href=httpswwwtiktokcomohh sandraavideo7185765923960147205 r=1 t=8YqOnpDMhgfis from webapp=v1item id=7185765923960147205>ohh sandraa<a>

Jawapan diberikan cukup mudah bahawa solat dilakukan seperti ibu Ammar yang merupakan seorang muslim dan sembahyang pula dilakukan di gereja seperti dirinya dan moing (nenek)

Dalam video tersebut, anak saudaranya berborak kerana ingin bermain solekan bersamanya yang dipanggil Aunty Nining namun Ammar menyatakan bahawa dirinya menunggu selepas makciknya selesai mengerjakan solat. Namun, Nining menyatakan bahawa dia tidak mengerjakan solat tetapi sembahyang.

| Kampungmamakcom Tular Petah Si Kecil Persoal Beza Solat Sembahyang Buat Netizen Kagum Toleransi Di Sabah
Tular Petah Si Kecil Persoal Beza Solat Sembahyang Buat Netizen Kagum Toleransi Di Sabah Sumber gambar TikTok <a rel=nofollow noopener target= blank href=httpswwwtiktokcomohh sandraavideo7185765923960147205 r=1 t=8YqOnpDMhgfis from webapp=v1item id=7185765923960147205>ohh sandraa<a>

Lalu, si kecil yang penuh dengan rasa ingin tahu terus menanyakan apa itu solat, apa itu sembahyang. Dengan mudah Nining menjawab persoalan tersebut supaya tidak mengelirukan anak buahnya bahawa solat itu adalah seperti yang dilakukan oleh ibu kepada si kecil ini yang difahamkan adalah seorang muslim.

Manakala, sembahyang pula dilakukan oleh dirinya dengan pergi ke gereja sama seperti yang dilakukan oleh nenek si kecil ini yang dipanggil moing. Dengan perkongsian ini, dapat disimpulkan bahawa mereka sekeluarga menganut agama yang berbeza dibawah satu bumbung ‘keluarga’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukti toleransi beragama dibawah satu bumbung yang sama di Sabah ini buat netizen kagum

Bukan itu sahaja, perkongsian ini juga membuatkan segelintir netizen di ruangan komen kagum melihat toleransi di Sabah. Bukan sahaja toleransi masyarakat yang hidup berbilang kaum malah toleransi beragama juga.

Walaupun apa sahaja agama yang dipercayai, hal ini tidak akan memusnahkan keharmonian institusi keluarga yang kita miliki jika benar-benar memahami keharmonian bertoleransi. Harap dengan adanya perkongsian seperti ini dapat membuka mata orang luar bahawa hidup berbeza agama bukan lah satu perkara yang sulit.

Banyak juga bukti-bukti keharmonian toleransi di Borneo ini yang dikongsikan oleh orang ramai yang boleh jadikan contoh seperti di dalam artikel di bawah:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s PENCABAR takhta Liga Hi Malaysia (MHL), Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menunjukkan aksi meyakinkan selepas membelasah wakil China, Pasukan Hi Liaoning 13-1 pada...

Sukan

3s LONDON – Juara Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2020, Joan Mir mengakui saingan kali ini merupakan tahun paling getir dalam kariernya selepas bermula dengan...

Sukan

0 PETALING JAYA – Misi pasukan Sabah FC untuk melangkah jauh pada kempen Piala AFC musim ini tidak kesampaian selepas tewas 0-3 kepada wakil...

Sukan

3s WAKIL tunggal negara di Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Sabah wajar menjadikan Jordan sebagai contoh terbaik untuk mengejutkan kelab Australia, Macarthur FC...

Advertisement