Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Tular Ular Gergasi, Bomba Sahkan Tidak Terima Laporan


Tular Ular Gergasi, Bomba Sahkan Tidak Terima Laporan

SHAH ALAM — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan bahawa tidak menerima sebarang laporan atau mana-mana panggilan kecemasan berhubung ular gergasi yang didakwa dirakam di sekitar perumahan Elmina.

Memetik Sinar Harian, video penampakan reptilia tersebut tular di media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi perkongsian video oleh pengguna TikTok dan Twitter, ia memaparkan kelibat ular yang sedang menjalar naik di kawasan berbukit di sekitar lokasi perumahan tersebut.

Difahamkan, penampakan ular berkenaan didakwa dirakam oleh salah seorang penduduk. Klip itu turut dikongsikan dalam kumpulan aplikasi Whatsapp komuniti penduduk.

BACA: Tengah Syok Rakam, Pemilik Rumah Terkejut Tiba-Tiba Ular Terpelanting Dari Kipas Siling

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ular sawa/anaconda jumpa dekat area Elmina. Recorded by one of the residents (Dirakam oleh salah seorang penduduk) dan dikongsikan dalam group community Denai Alam.

“Seram weh besar macam ini, bukan setakat orang ni, lembu kambing pun dia telan ni,” kata salah seorang netizen.

Pun begitu, tiada sebarang pengesahan berhubung video tersebut dibuat sehingga kini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Perkembangan daripada kumpulan komuniti Denai Alam, setakat hari ini ular gergasi telah ditemui oleh perhilitan.

“Saya kurang pasti dengan kebenarannya sebab ibu saya sahaja berada dalam kumpulan Whatsapp dan dia kongsikan perkara ini. Jika sesiapa mempunyai sebarang maklumat sila kongsi,” tulisnya.

Ular Gergasi Denai Alam 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam video berdurasi 9 saat itu memaparkan seekor ular dipercayai jenis ular sawa sedang menyusur di rumput di sebuah bukit kecil.

BACA JUGA: Mayat Nelayan Ditemukan Dalam Perut Buaya

Lebih merisaukan, lokasi tersebut kelihatan berdekatan dengan kawasan kediaman dengan beberapa rumah kelihatan dengan jelas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, video ini telah mendapat lebih 1.7 juta tontonan, lebih 8,00o Tweets dan hampir 9,000 tanda ‘Suka’ daripada warganet.

Rakaman Ular Sawa Gergasi Tasik Ayer Keroh

Sementara itu, tular penampakan seekor ular sawa gergasi ditemui dipercayai dalam Tasik Ayer Keroh baru-baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi klip rakaman yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @masjidilnabawi86 memaparkan penemuan reptilia itu.

@masjidilnabawi86

#ularsawaditasikayerkeroh #takpastibenaratautak

♬ original sound – masjidilnabawi37 – masjidilnabawi37

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Sesulit apa pun keadaanmu, ajarilah hatimu agar bisa menerima keadaan tanpa membenci.” Demikian luahan madu kepada Marissa Dania Hakim, Misya...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Selepas mengunci mulut berhubung kisah pernikahan senyap-senyap anaknya, Marissa Dania Hakim di Songkla, Thailand, pelakon Abby Abadi tampil menafikan kenyataan...

Sukan

3s ARENA bola sepak negara sekali lagi kehilangan permata apabila jurulatih berprofil tinggi, Mohd. Azraai Khor Abdullah, 72, meninggal dunia akibat sakit dalam perut...

Sukan

3s PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tidak bimbang dengan prestasi jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang biarpun keadaan kesihatan bekas...

Advertisement