Hi, what are you looking for?

Mamak News

Tular Video Kepala Budak Hampir Dikokak Monyet, Pakar Veterinar Pesan Ibu Ayah “Benda Ni Tak Kelakar”


Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tak kelakar, kawal dan jaga anak-anak anda, demikian merupakan kata-kata pakar veterinar mengenai satu video tular kepala kanak-kanak hampir ‘dikokak’ monyet.

Menerusi video Tiktok yang dimuat naik Dr.ima_vet, beliau meluahkan rasa kesal atas situasi kanak-kanak yang hampir jadi mangsa serangan monyet sebelum diselamatkan ayahnya. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam video itu, turut terdengar suara gelak ketawa daripada individu lain yang dipercayai seakan berasa terhibur dengan adegan cemas tersebut.

“This is not funny guys! Not Funny at all!. Bila tengok video macam ini, perasaan bercampur baur, marah, kesal, sedih geram semualah.

“So benda ni tak kelakar, jangan buat as benda yang boleh dimain-mainkan,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah Dr.ima_vet, tiada unsur yang kelakar di video tersebut malah hanya perkara bahaya saja yang terlintas di fikirannya apabila melihat keadaan itu.

Kawal pergerakan anak-anak bila dikelilingi haiwan liar

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan agar para ibu bapa sentiasa mengawal setiap pergerakan kanak-kanak apabila mereka dikelilingi haiwan liar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujar Dr.ima_vet, kanak-kanak yang diganggu oleh haiwan liar bukan satu perkara kelakar yang boleh digelakkan, sebaliknya perlu diberi perhatian agar perkara buruk tidak berlaku.

“Kepada para penjaga, mak bapak sekalian tolonglah jaga anak, benda ni tak kelakar.

“Kalau dah jadi cerita monyet gigit kepala adik yang tak bersalah itu dah jadi satu hal,” ujarnya dalam video Tiktok miliknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

‘Nanti monyet tu juga yang ditangkap, dibunuh’

Dr.ima_vet berkata walaupun manusia yang menganggu habitat haiwan liar tetapi mereka yang terancam di mana akan ditangkap dan dibunuh kerana dikatakan menyerang manusia.

“Nanti monyet tu juga yang akan ditangkap dan dibunuh disebabkan menyerang kanak-kanak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“So basically you have to really understand, dekat situ (di video) pun dah ada tulis kawasan monyet liar jadi jangan kacau dan ganggu dia,” pesan Dr.ima_vet kepada orang ramai.

Menurut pakar veterinar itu lagi, perkara melibatkan kanak-kanak dengan haiwan liar itu merupakan satu hal yang perlu diambil serius dan jangan melihatnya dari sisi yang kelakar.

“Kami sebagai doktor veterinar pun sangat berhati-hati kalau berhadapan dengan haiwan liar seperti ini,” katanya lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Risiko penyakit berjangkit

Sementara itu, pakar itu juga memaklumkan bahawa monyet juga mempunyai penyakit berjangkit kepada manusia yang boleh membawa kepada kemudaratan.

“Lagi satu bahayanya monyet juga boleh bawa penyakit Zoonotik penyakit yang boleh berjangkit ke manusia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“So benda ini tidak kelakar, jadi buat benda ni seperti dimain-mainkan and please be very careful especially the moms and dads,” tambahnya lagi.

Video yang berdurasi 58 saat itu mengingatkan para ibu bapa untuk sentiasa meletakan anak-anak di bawah pengawasan mereka agar perkara tidak diingini berlaku.

Sumber: Dr.ima_vet

Advertisement. Scroll to continue reading.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement