Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Tulisan Didakwa ‘Kod Rahsia’, Aafiyah Upload Tanpa Sengaja


Tulisan Didakwa ‘Kod Rahsia’, Aafiyah Upload Tanpa Sengaja – Siti Nurhaliza

Desas-desus mengenai video ‘secret code’ di TikTok penyanyi nombor satu negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza akhirnya terjawab selepas ia disahkan dimuat naik oleh anak sulung penyanyi itu, Siti Aafiyah tanpa sengaja.

Memetik Gempak, Siti Nurhaliza yang juga dikenali Tokti itu berkata beliau hanya menyedari perkara tersebut selepas mendapat notifikasi daripada warga maya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dia dah besar dia pun mengikuti juga TikTok sebab selalu tengok saya muat naik hantaran dan sebagainya. Jadi saya memang bagi juga dia pegang telefon bimbit sekali sekala.

“Sebelum ini, saya dah nampak dia menari la dan suka-suka tersenyum depan telefon.

“Bila sedar itu mengenai hantaran itu, saya tahu ni mesti kerja Aafiyah tapi nasib baik dia tidak upload benda-benda yang tidak patut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya pun ada berpesan pada dia selepas ini jangan upload yang bukan-bukan. Nasib baik dia hanya type namanya sendiri serta muat naik lagu saya sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui Gempak ketika menghadiri majlis pelancaran Festival Muzik KEPCI 2023 anjuran KFC Malaysia di Sunway Pyramid, Subang Jaya, Selangor pada Selasa.

BACA: Perlu Tahu, Ini Hukum Makan Telur Buaya

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pergerakan Aafiyah masih dikawal

Jelas penyanyi berusia 44 tahun itu, walaupun Aafiyah dibenarkan untuk menggunakan telefonnya namun beliau turut menyatakan ia masih di bawah kawalan.

“Budak-budak sekarang semakin bijak. Kadang-kadang ada benda saya tak tahu atau lagu baru dia dah tahu dahulu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya pun nervous jugalah bila lihat perkembangan anak-anak sekarang tapi apa-apa pun sebagai ibu bapa kita perlu mengawalnya dengan baik,” tambahnya.

Sebelum ini, tular di media sosial, satu video misteri yang dikatakan sebagai kod misteri sehingga ia menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warga maya.

@toktitiktok

♬ Menjaga Cintamu – Original Soundtrack From Anwar, The Untold Story – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam hantaran tersebut, hanya tertera nama Aafiyah sahaja dan tiada sebarang visual atau informasi lain.

Hantaran yang dimuat naik juga turut dimasukkan daripada filem The Anwar: The untold Story, yang bertajuk Menjaga Cintamu.

Aafiyah merupakan anak sulung Tokti selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga bersama Datuk Sri Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak lama selepas itu, Tokti dikurniakan cahaya mata, Muhammad Afwa yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: Gempak

BACA: Anak Siti Nurhaliza Jatuh Skuter, Terpaksa Batal Persembahan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement