Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Lifestyle

Tunggu Alza Lapan Bulan, Baru Seronok Pakai Dua Jam Dah Kena Langgar


Sebuah keluarga hanya sempat merasa dua jam di dalam kereta Alza sebelum berlaku kemalangan

Tunggu Alza Lapan Bulan, Baru Seronok Pakai Dua Jam Dah Kena Langgar. Sebuah keluarga hanya dapat menikmati keseronokan menaiki kereta Perodua Alza baharu hanya selama dua jam sebelum terlibat dalam kemalangan yang dilanggar oleh kenderaan lain.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook dalam ‘group’ Perodua Alza D27A Malaysia, seorang individu berkongsi gambar keadaan kereta Perodua Alza miliknya selepas ia bertembung dengan kenderaan lain.

Kegembiraan sekeluarga membawa duka

“Pada 13 Mei 2023, malang tak berbau. Kegembiraan kami membawa duka dan tragis untuk keluarga kami. Kereta baru ambil dari Kuala Lumpur balik dalam perjalanan ke Johor Bharu, dua jam memandu sudah kena langgar dari belakang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Hanya Allah sahaja tahu rasa terkilan kami. Tunggu Alza lapan bulan, pakai dua jam sudah kena langgar. Doakan kami sekeluarga kuat,” ujarnya menerusi sumber.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, keadaan kereta warna hitam itu sangat teruk di bahagian belakang dan depan selain cerminnya pecah.

Netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita itu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati serta mendapat maklum belas kasihan daripada orang ramai, yang bersedih dengan nasib yang menimpa wanita tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Allahuakbar, berat ujian. Nampak macam ‘total lost’. Semoga dipermudahkan urusan anda sekeluarga,” komen salah seorang pengguna Facebook.

“Semoga bertabah ujian dengan ujian ini puan sekeluarga. Insya-Allah ada rezeki lebih baik,” ujar pengguna Facebook yang lain lagi.

Dalam pada itu, ada pengguna Facebook turut memaklumkan bahawa wanita itu boleh mendapatkan kereta baharu ekoran kejadian tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Insya-Allah untuk awak, insurans akan ganti kesemuanya, jadi awak boleh ambil kereta baharu. Kena tunggu giliran, tunggu siasatan. Makan masa juga tu.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Doakan segalanya dipermudahkan.” Demikian permintaan usahawan selebriti, Datuk Aliff Syukri yang memohon orang ramai mendoakan keselamatan anak bongsunya yang cedera...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Azhar Sulaiman meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang sudah lama tidak pulang ke tanah...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Madu Marissa Dania Hakim iaitu Misya Mazlan sekali lagi menjadi bualan ramai apabila tular sebuah video memaparkan dia bersama suaminya,...

Sukan

3s LONDON – Dua bintang utama West Ham United, Lucas Paqueta dan Michail Antonio yang alami kecederaan sebelum ini hampir pasti tidak dapat diturunkan...

Advertisement