Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Tunggu siasatan lanjut DNAA kes dana yayasan – Ahmad Zahid


BAGAN DATUK – Semua pihak wajar menunggu keputusan muktamad yang akan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap representasi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berhubung kes mahkamah melibatkan dana Yayasan Akal Budi.

Menurut Ahmad Zahid, walaupun beliau telah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam kes tersebut, AGC dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebenarnya masih melakukan siasatan lanjut termasuk beberapa elemen dalam representasi itu seperti laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap buku bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

“(Jadi), kita tunggu sahaja. Saya fikir AGC dan Peguam Negara sendiri telah mengeluarkan kenyataan media respon kepada Majlis Peguam dan beberapa permintaan (pihak lain yang tidak berpuas hati).

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya fikir penjelasan itu sangat jelas, dan pencerahan itu telah dilakukan sebaik-baiknya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program ‘Malaysia Next Leaders: Akademi Kepimpinan Malaysia’, di sini hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, DNAA itu bukan pertama kali diputuskan oleh mahkamah kerana sebelum ini pun pernah dibuat berdasarkan representasi yang dibuat tertuduh kepada AGC.

Beliau bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa isu tersebut tidak perlu dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan kerana Dewan Rakyat bukan mahkamah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahmad Zahid juga mempersoalkan keputusan parti pembangkang mahu mengadakan perhimpunan aman berhubung isu tersebut.

“Saya tidak kata setuju atau tidak, jika mereka mahu melakukan demonstrasi setiap hari pun, mereka boleh buat, tetapi kesannya apa?

“Kita harus mematuhi proses perundangan, sebagaimana yang termaktub di dalam Perkara 145 (3) Perlembagaan Malaysia,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Peguam Negara mempunyai kuasa budi bicara bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding mengenai suatu kesalahan selain daripada prosiding di Mahkamah Syariah.

Media hari ini melaporkan Pemuda Perikatan Nasional (PN) akan menggerakkan himpunan aman pada 16 September depan di hadapan kompleks beli-belah Sogo bagi memulakan kempen Selamatkan Malaysia susulan keputusan DNAA Ahmad Zahid.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan berkata, perhimpunan tersebut adalah sebagai permulaan sebelum menggerakkan satu kempen jelajah Selamatkan Malaysia ke seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri,...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Sukan

0 IPOH – Biarpun membuat penampilan sulung pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, namun ia ternyata tidak mendatangkan masalah buat pelumba Caja...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications