Selain ujian ke atas ciri paparan gambar serta video lebih besar pada peranti iOS, kini Twitter sedang menguji ciri membuang pengikut dengan lebih mudah pula.
Ia ditawarkan kepada sebahagian pengguna yang mengakses Twitter menerusi versi laman web.

Dengan ciri ini, pengikut boleh dibuang oleh pemilik akaun tanpa perlu menghalang mereka terlebih dahulu yang merupakan satu-satunya cara sebelum ini.
Pemilik akaun perlu pergi ke Twitter versi web dan kemudian melihat senarai pengikut. Pada nama pengikut yang ingin dibuang, pilih menu tiga titik sebelum kemudiannya memilih pula remove this follower.

Ciri ini belum diberikan kepada semua tetapi kami hanya boleh berharap ciri membuang pengikut secara pukal juga diberikan kerana pembuangan manual secara satu persatu agak memenatkan.
BACA: [VIDEO] Gadis Diganggu 2 Lelaki Tidak Dikenali, Takut & Undang Rasa Tidak Selesa
Selepas ini lebih mudah kita nak buang orang yang kita tak berkenan di hati dari mengikuti kita kan? Sibuk je follow-follow kita!
Sumber: Amanz & @TwitterSupport
RM13.01
