Hi, what are you looking for?

Hiburan

Tya Arifin tolak gimik murahan promosi produk


PUCHONG – Pelakon dan usahawan Tya Arifin menolak melakukan gimik atau pemasaran murahan demi meningkatkan populariti produk jamu yang diusahakan.

Menurut Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandari Arifin, 28, selepas hampir lima tahun mengusahakan produk jamu Mutyara, popular dengan cara mudah bukanlah pilihannya.

“Menggunakan jalan pintas kemudianya viral bukanlah pilihan saya kerana saya bukannya mahu berniaga untuk tempoh yang singkat, jadi saya harus memikirkan jenama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jika saya cuba menjadi orang lain demi mempromosikan produk, rasa seperti tidak sesuai. Apa yang peminat dan penonton lihat di media sosial dan setiap sesi siaran langsung, itulah diri saya yang sebenar,” ujar Tya.

Tambah Tya sebagai isteri kepada Asyraf Khalid dan juga menantu tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, dia harus bijak membawa diri dalam masyarakat.

“Sejujurnya, saya memang tidak akan melakukan gimik yang bukan-bukan kerana itu bukanlah diri saya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Walaupun keluarga tidak menghalang, tetapi mereka dikenali ramai. Selepas berkahwin saya memang mengambil berat dan menjaga apa yang perlu,” kata Tya yang ditemui sebentar tadi.

Tya berkata demikian ketika diminta menggulas mengenai tindakan segelintir usahawan yang sanggup melakukan pelbagai perkara termasuk memalukan diri sendiri demi populariti serta viral.

Dalam pada itu, Tya juga menjelasnya dia terpaksa bekerja keras untuk mendidik masyarakat bahawa produknya jamunya berkualiti selepas disamakan dengan produk-produk ‘timbang kilo’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya sedar ramai yang memandang serong dan masih ada yang tidak percaya. Tetapi produk saya dibikin mengikut resepi keluarga turun temurun dan mendapat pengiktirafan.

“Jika tidak berkualiti, masakan produk kami boleh menembusi pasaran Singapura yang kita tahu sangat ketat undang-undangnya.

“Mutyara juga sudah sampai Brunei dan jika tiara aral, tahun depan kami akan memasuki pasaran Indonesia secara besar-besaran,” tutur Tya pada majlis pelantikan pelakon Anna Jobling sebagai duta dan pelancaran produk baharu jamu Mutyara sebentar tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Soal pemilihan Anna sebagai duta pertama jamu Mutyara, kata Tya pemilihan adalah tepat berikutan nama bintang drama Melur Untuk Firdaus itu kini sedang hangat bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga Indonesia. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement