Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

TYT Sarawak Selamat Kembali Ke Kuching, Setelah Menerima Rawatan Di Turkiye


Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud selamat tiba di tanah air sekitar jam 4.30 petang tadi.

TYT Sarawak Selamat Kembali Ke Kuching, Setelah Menerima Rawatan Di Turkiye. Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, telah kembali ke Sarawak hari ini setelah berada di luar negara selama dua bulan.

Difahamkan beliau tiba di Sarawak pada pukul 4.30 petang, ditemani oleh isterinya, Toh Puan Ragad Taib Kurdi. Mereka berdua telah berlepas dari Istanbul, Turkiye pada awal pagi menggunakan jet rasmi.

TYT Sarawak Selamat Kembali Ke Kuching, Setelah Menerima Rawatan Di Turkiye
TYT Sarawak Selamat Kembali Ke Kuching Setelah Menerima Rawatan Di Turkiye

Pemimpin yang berusia 87 tahun itu terpaksa berehat dan menjalani proses pemulihan.

Beliau berada di Istanbul untuk menjalani rawatan lanjutan kanser usus yang pernah dihidapinya. Selama dua bulan itu, Tun Abdul Taib Mahmud, 87 tahun, telah berehat dan menjalani proses pemulihan.

Semasa ketidakhadirannya, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri (TYT) sementara dari 16 Ogos hingga 17 September, selaras dengan Perlembagaan Negeri Sarawak.

Advertisement. Scroll to continue reading.
TYT Sarawak Selamat Kembali Ke Kuching, Setelah Menerima Rawatan Di Turkiye

Bagaimanapun belum ada kepastian bila beliau akan menyambung tugasnya.

Sebelum ini, terdapat tanda tanya mengenai kesihatan Tun Abdul Taib Mahmud apabila dia berada di luar negara. Namun, Setiausaha Peribadinya, Junih Salleh Ahmad, telah membuat penafian pada 3 Ogos lalu, menegaskan bahawa Tun Abdul Taib dalam keadaan sihat dan akan kembali ke negeri setelah mendapat kebenaran dari doktornya.

Pada 21 Julai, dalam ucapan beliau sempena Hari Sarawak, Tun Abdul Taib telah menegaskan bahawa beliau dalam keadaan sihat dan sedang berehat di luar negara, dan akan kembali ke Sarawak apabila dibenarkan oleh doktor.

TYT Sarawak Selamat Kembali Ke Kuching, Setelah Menerima Rawatan Di Turkiye

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Mamak News

0 NEW DELHI, India – Kenaikan tinggi harga bahan masakan utama seperti tomato dan bawang menyebabkan kebanyakan penduduk di India mengurangkan atau tidak menggunakan...

Mamak News

0 SINGAPURA: Singapura menaik taraf jet pejuang F-16 miliknya dengan keupayaan baharu dan maju untuk meningkatkan operasi, menurut Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF). F-16 yang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications