Hi, what are you looking for?

Mamak News

Ucapan RIP ‘Harus’, Perlu Bergantung Pada Niat – Mufti


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Percanggahan pendapat dalam kalangan ulama dan agamawan mengenai ucapan ‘Rest In Peace’ atau RIP kini semakin mengelirukan umat Islam.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, umat Islam di negara ini perlu mengikut pandangan mufti dan ulama tempatan berhubung ucapan ‘RIP’ kepada orang bukan Islam yang meninggal dunia.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas pendapat sarjana terkenal Turki, Mustafa Akyol bahawa orang Islam BOLEH mengucapkan ‘RIP’ bagi menyuarakan takziah kepada orang bukan Islam yang meninggal dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini bertentangan dengan kenyataan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang mengatakan orang Islam DILARANG mengucapkan ‘RIP’ kerana orang Islam tidak boleh mendoakan keampunan untuk orang bukan Islam seperti dinyatakan dalam beberapa hadis.

Namun, dalam satu laporan yang dipetik di portal FMT, Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor pula berkata, tiada hukum jelas dalam al-Quran yang melarang umat Islam menyebut perkataan RIP (bersemadi dengan tenang).

RIP Mufti

“Bergantung kepada niat, apa niat kita kata macam itu? Kita kata RIP itu bermaksud dia sudah tidak lagi memikul bebanan hidup, terutama sebagai ketua negara besar macam tu (Ratu Elizabeth II).

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jadi, kalau niat macam tu tak mengapa atau dia meninggal dunia, maknanya kesihatan yang dialaminya di hujung hayat dah berakhir, maka dia amanlah. Tetapi, apa yang dilarang adalah untuk kita berdoa kepada Allah merahmati dan mengampunkan dosanya. Itu tidak boleh, sebab itu bukan orang Islam,” jelas Wan Salim.

Menurutnya lagi, disebabkan tiada bukti bertulis atau peruntukan teks dalam hadis atau al-Quran yang melarang umat Islam mengucapkan RIP kepada bukan Islam, setiap pandangan ulama boleh berbeza.

“Mengenai Pejabat Mufti Wilayah kata tak boleh ucap RIP itu pandangan dia. Sebab dalam isu ini, boleh berbeza pandangan kerana tiada textual (bertulis)…kita tak boleh harap sama (pandangan) saja,” tambahnya lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Mufti Pahang, Abdul Rahman Osman pula berkata memberi penghormatan atau mengucapkan salam takziah sebagai tanda hormat kepada pemergian orang bukan Islam diharuskan dalam Islam.

“Bila ada orang bukan Islam meninggal, Rasulullah bangun sebagai penghormatan kepada yang meninggal. Kalau sebagai penghormatan, itu tak apa dan tak salah, tetapi kalau ada bentuk pemujaan atau berbentuk keagamaan itu dilarang,” jelasnya.

BACA: ‘A’kum’, ‘Aslm’, ‘Salam’, ‘Slamekum’ – Boleh Ke Ucapan Salam Sengaja Dipendekkan Untuk Mesej Dan WhatsApp?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: FMT

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. “Kami Mampu Melakukannya”, Tular Semula Ucapan Biden, Projek Nord Stream 2 Akan Dihentikan Jika Rusia Serang Ukraine Hari...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Tidak dapat dinafikan, melihat kanak-kanak bermain dengan alat permainan baharu mereka memang sangat menghiburkan. Begitu juga dengan menonton...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Is Sabri Yaakob membangkitkan kekecewaan Malaysia dalam isu Palestin dan Myanmar terutamanya...

Sukan

18s Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Ketiadaan penggempur utama, Faizal Saari pada siri Jelajah Eropah sama sekali tidak menghadirkan rasa bimbang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications