Hi, what are you looking for?

Luar Negara

UFO berbentuk V terbang di atas jet penumpang Airbus A230


ATLANTA, GEORGIA – Satu rakaman luar biasa dirakam oleh seorang pramugara di Amerika Syarikat menunjukkan sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) berbentuk seperti huruf V terbang di atas sebuah jet penumpang jenis A230 baru-baru ini, lapor akhbar The Sun semalam.

Rakaman itu dirakam dari ruang kokpit pada ketinggian 39,000 kaki oleh seorang pramugara yang sedang melihat ke arah langit untuk merakam imej galaksi Bima Sakti.

Pramugara yang tidak didedahkan identitinya itu berkongsi rakaman itu dengan akaun YouTube popular, UFOMania.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pesawat itu sedang terbang di atas negeri Georgia apabila pramugara itu mengesan sesuatu yang luar biasa di langit.

Dalam video yang dirakam menggunakan peranti iPhone 13 Pro Max itu, ruang udara yang gelap diterangi oleh pelbagai lampu yang bercahaya.

Pramugara itu menjelaskan, dia sedang cuba mengambil video pesawat lain yang terbang tepat di atas pesawatnya pada arah bertentangan apabila dia terlihat objek aneh itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ketika saya merakam pesawat itu yang terbang di atas pesawat kami, saya perhatikan objek berbentuk V ini muncul dan ia kelihatan seperti sedang berada di antara kami dan pesawat lain,” katanya.

Peminat UFO memuji kebolehan pramugara itu dalam merakam penampakan itu, dengan beberapa yang lain bergurau dengan mengatakan ia kelihatan seperti sebuah lampu isyarat. – AGENSI 

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 PASUKAN Selangor FC dijangka dapat menggunakan ‘rumah baharu’ mereka, Kompleks Sukan Shah Alam seawal musim 2027 selepas mercu tanda baharu ne­geri Selangor itu...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Kementerian Pertahanan bersetuju untuk meneruskan perolehan kumpulan pertama projek kapal tempur pesisir (LCS) seperti dalam perancangan sebelum ini. Bagaimanapun kata...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) — Perolehan kumpulan pertama kapal tempur pesisir (LCS) dikurangkan daripada enam kepada lima unit selepas permohonan meneruskan projek...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang pelancong dari Brazil ditahan polis Bali selepas didapati menyeludup dadah jenis kain seberat 3.9 kilogram (kg).  Gadis berusia 19 tahun itu...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications