Hi, what are you looking for?

Sukan

UiTM FC tampil 100 peratus pemain tempatan


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Pasukan UiTM FC mengambil pendekatan berbeza tahun ini dengan tampil 100 pemain tempatan bagi mengharungi Liga Premier musim ini.

Presiden UiTM FC, Prof. Dr. Mohd. Sazaili Shahibi berkata, keputusan tersebut dibuat bagi memberi peluang kepada pelajar universiti itu menunjukkan bakat mereka.

“Saya akan lihat dahulu prestasi pasukan sehingga pertengahan musim dan sekiranya ada kelemahan dalam posisi tertentu, saya akan pertimbangkan untuk merekrut pemain import bagi menguatkan posisi berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Namun, ia bergantung kepada peruntukan yang diterima pasukan,” katanya ketika majlis memperkenalkan pemain dan jersi UiTM FC bagi musim 2022 di UiTM Shah Alam, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Sazali, pihaknya tidak meletakkan sebarang sasaran kepada The Lion Troops itu memandangkan majoriti pemain adalah kali pertama beraksi dalam pertandingan kompetitif.

Namun, beliau tetap berharap kesemua pemain yang dipilih menunjukkan komitmen dan semangat juang tinggi sepanjang musim ini kerana membawa nama universiti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kita pilih pemain dalam kalangan pelajar diploma, ijazah sarjana muda dan juga alumni universiti yang mahu mewakili pasukan. Apapun, harapan saya semua pemain akan bermain bersungguh-sungguh setiap kali beraksi,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. TANJUNG MALIM – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Jelawai dekat...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Pemegang rekod baharu acara pecut 100 meter (m) kebangsaan, Muhammad Azeem Fahmi kini berada dalam...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BUAT pertama kali, kumpulan Aespa bertandang ke Jepun bagi menjayakan persembahan selama dua hari, Aespa Japan Premium Showcase...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. ROME: Pelakon suara asal siri animasi Pingu iaitu Carlo Bonomi dilaporkan meninggal dunia pada usia 85 tahun. Lapor...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications