Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Ujian Litar Dipantau Mesin, Wanita Kongsi Pengalaman Dapatkan Lesen Memandu Di Korea Selatan


Ujian Litar Dipantau Mesin, Wanita Kongsi Pengalaman Dapatkan Lesen Memandu Di Korea Selatan

Pempengaruh, Kim Seri yang terkenal dengan pengalamannya di Korea Selatan telah berkongsi pengalamannya mengambil ujian memandu kereta di negara tersebut.

Dalam perkongsiannya baru-baru ini, pempengaruh tersebut yang turut mesra dipanggil Cikgu Kim Seri telah mengambil ujian memandu di Korea Selatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, ujian memandu di negara itu tidak jauh beza dengan ujian memandu di Malaysia, yang mana kedua-dua memiliki tiga fasa (ujian teori, ujian litar dan ujian jalan raya).

Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan ketara mengenai pelaksanaan ujian memandu di Malaysia dan Korea.

Kata Kim Seri, ketika ujian litar berlangsung, hanya ada pelajar dan guru kelas memandu sahaja. Pengawai seperti dari ‘Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ)’ tidak akan berada dalam perkarangan akademi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jadi, anda rasa siapa yang akan mengambil markah?” Kim Seri bertanyakan soalan tersebut kepada para penonton.

Terdapat ‘entiti khas’ yang akan mencatatkan markah pelajar ketika ujian memandu berlangsung

Kim Seri menjawab, terdapat satu mesin yang berada dalam kereta dan mesin itulah yang akan mencatatkan skor pemanduan bagi setiap pelajar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kalau anda tengok pada skrin ini, keseluruhannya 100 markah dan akan ada tujuh kategori yang akan dinilai.

“Jadi, jika anda membuat kesalahan semasa memandu dalam litar, markah akan ditolak,” terangnya.

Dalam video kirimannya, beliau menunjukkan dua biji lampu yang memiliki warna yang berbeza iaitu merah dan hijau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Ujian Memandu Korea SelatanKredit: TikTok

Jika lampu merah dinyalakan, ia membawa maksud pelajar tersebut sudah pun hilang kelayakan. Maka, guru-guru kelas memandu ini hanya akan memantau dari jauh.

Selepas ujian litar tamat, semua calon akan menunggu keputusan daripada mesin ataupun komputer.

Jelas Kim Seri, markah untuk lulus ujian litar adalah 80 markah dan ke atas dan jika gagal, kos ujian ulangan yang perlu dibayar adalah kira-kira 55K Won (RM188).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada akhir ujian litar tersebut, Kim Seri berjaya mendapatkan markah yang sangat baik iaitu, 95 markah.

Dekat Korea Selatan, ada lesen automatik ke manual?

Seorang pengguna TikTok telah bertanya kepada pempengaruh berkenaan apakah jenis lesen yang diambilnya di negara itu. Jawapan Kim Seri agak mengejutkan apabila beliau berkata tiada lesen manual di Korea Selatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah Seri, Semuanya lesen automatik kecuali bagi orang asing yang memohon untuk mengambil lesen manual. Boleh dikatakan, permohonan tersebut sangat jarang kerana 99 peratus kereta di Korea Selatan adalah kereta bergear automatik.

Bagi menjawab soalan pengguna tersebut, Kim Seri mengambil lesen memandu automatik.

Berkenaan dengan ujian jalan raya, ujian tersebut akan dijalankan seminggu selepas pelajar lulus ujian litar. Seperti ujian litar, terdapat mesin yang dipasang pada kereta tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mesin yang terdapat dalam kenderaan tersebut akan memilih laluan kepada calon lesen memandu secara rawak.

Menariknya, sebelum menjalani ujian jalan raya, tiada ujian pemeriksaan rutin seperti RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) mahupun RSM (Rutin Sebelum Memandu). Calon hanya perlu masuk ke dalam kereta dan memasang tali pinggang keledar.

Bagi sesiapa yang sering lupa laluan semasa ujian jalan raya, anda mesti cemburu dengan ujian jalan raya di Korea Selatan. Setiap kereta yang digunakan untuk ujian jalan raya dilengkapi dengan GPS (global positioning system).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Maka, skrin GPS pada kereta akan membantu para pelajar untuk mengenalpasti laluan masing-masing.

| Kampungmamakcom Ujian Memandu Korea SelatanKredit: TikTok

Secara keseluruhan, ujian memandu Korea Selatan memakan masa kira-kira sebulan dan anda boleh mendapatkan lesen sejurus selepas lulus ujian jalan raya.

Dalam video tersebut, Kim Seri mengatakan bahawa tempoh bagi satu lesen memandu adalah 10 tahun. Berdasarkan lesen yang baru diperolehinya, lesen memandu pempengaruh tersebut dijangkakan tamat pada 2033.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi sesiapa yang ingin mengikuti perjalanan Kim Seri dalam mengambil lesen memandu di Korea Selatan dari mula, anda boleh menonton pengalaman beliau menerusi video-video di bawah.

@kimseri_eina

Ujian apa je yang senang kat 🇰🇷Baju raya by @Inhanna #kimseridiseoul #kimseriperfume

♬ original sound – KIM SERI 세리 – KIM SERI 세리

Advertisement. Scroll to continue reading.

@kimseri_eina

Siapa yang ambil markah waktu ujian litar di korea?. #kimseridiseoul

♬ original sound – KIM SERI 세리 – KIM SERI 세리

@kimseri_eina

Replying to @khyraizzati23 Lesen auto @ manual? Berapa tahun kena renew? #kimseridiseoul

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – KIM SERI 세리 – KIM SERI 세리

BACA: Nak “Aircond” Kereta Sentiasa Sejuk? Ini 3 Benda Yang Perlu Dijaga

Sumber: kimseri_eina via TikTok

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon Azri Iskandar menangkis dakwaan segelintir individu yang menuduhnya sebagai kaki kikis apabila dikatakan suka mengambil kesempatan terhadap wanita. Kata...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Selepas dua tahun bercinta, penyampai radio atau deejay Fly FM, Arieff Yong melamar kekasih asal Sepanyol di sebuah pawagam pada...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Selepas melalui ‘drama’ keluarga penuh berliku tahun lalu, ibu penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman sekali lagi mengundang perhatian ramai...

Sukan

0 BOUAKE – Nigeria membuktikan mereka lebih layak untuk berada di pentas final Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023 selepas mengecewakan Afrika Selatan pada aksi...

Advertisement