Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

UK haramkan kumpulan Wagner, label oerganisasi pengganas


LONDON: Britain akan mengharamkan pasukan upahan Russia, kumpulan Wagner dengan melabelkannya sebagai organisasi pengganas, menurut laporan media yang memetik kenyataan Setiausaha Dalam Negeri, Suella Braverman.

United Kingdom mahu Kumpulan Wagner diletakkan sebagai organisasi yang diharamkan di bawah undang-undang antikeganasan sekali gus meletakkannya setanding dengan Daesh dan al-Qaeda.

“Wagner adalah organisasi ganas dan pemusnah yang bertindak sebagai alat ketenteraan Vladimir Putin di luar negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sementara rejim Putin memutuskan apa yang perlu dilakukan dengan raksasa diciptanya, aktiviti berterusan Wagner terus mengganggu kestabilan demi memenuhi matlamat politik Kremlin,” lapor akhbar itu yang memetik kenyataan Braverman.Di bawah Akta Keganasan 2000, Setiausaha Dalam Negeri mempunyai kuasa untuk mengharamkan sesebuah organisasi jika mereka percaya ia terbabit dalam keganasan.

Perintah larangan itu menjadikannya satu kesalahan jenayah untuk menyokong kumpulan itu.

“Mereka adalah pengganas dan pelaksanaan perintah larangan dalam undang-undang UK membolehkan perkara ini difahami dengan jelas ,” tambah laporan BBC yang turut memetik menteri berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, dalam laporan Daily Mail, Braverman berkata, kumpulan itu terbabit dalam rompakan, penyeksaan dan pembunuhan kejam.

Tambahnya, operasi kumpulan itu di Ukraine, Asia Barat dan Afrika ‘adalah ancaman kepada keselamatan global’.

“Itulah sebabnya kami melarang pertubuhan pengganas ini dan terus membantu Ukraine di mana sahaja bagi memerangi Russia,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut laporan itu, draf langkah untuk mengharamkan Kumpulan Wagner di bawah akta itu akan dibentangkan di Parlimen hari ini.

Pada Julai, Britain mengumumkan sekatan terhadap 13 individu dan perniagaan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kumpulan Russia di Afrika, menuduhnya melakukan jenayah di sana termasuk pembunuhan dan penyeksaan.

Individu dan entiti yang disasarkan, tidak dibenarkan berurusan dengan warga UK, syarikat dan bank, dengan sebarang aset mereka di UK dibekukan kerana didakwa terbabit dalam aktiviti Wagner di Mali, Republik Afrika Tengah (CAR) dan Sudan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengasas Wagner, Yevgeny Prigozhin, yang meninggal dunia bulan lalu dalam nahas kapal terbang bersama beberapa komander utamanya telah disekat oleh Britain kerana terbabit dalam perang Russia di Ukraine.

Orang kepercayaan Kremlin yang kemudiannya menjadi pengkhianat, Prigozhin, meninggal dunia dua bulan selepas mengarahkan tenteranya untuk menjatuhkan kepimpinan tentera Russia. – AFP


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Mamak News

0 NEW DELHI, India – Kenaikan tinggi harga bahan masakan utama seperti tomato dan bawang menyebabkan kebanyakan penduduk di India mengurangkan atau tidak menggunakan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications