Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

UK kenal pasti 34 kes Covid-19 libatkan varian bermutasi tinggi


LONDON: Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKSHA) mengesahkan sebanyak 34 kes Covid-19 dikaitkan dengan varian BA.2.86 yang bermutasi tinggi telah dikenal pasti di England.

Daripada 34 kes yang disahkan dikenal pasti setakat 4 September, lima pesakit dimasukkan ke hospital dan tiada kematian dikaitkan dengan varian baharu yang muncul.

Agensi itu berkata, 28 daripada kes yang disahkan dikenal pasti daripada wabak tunggal di rumah jagaan di Norfolk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada Rabu, syarikat farmaseutikal, Moderna dan Pfizer berkata, vaksin Covid-19 keluaran mereka yang dikemas kini menjana tindak balas yang kukuh dalam ujian terhadap subvarian BA.2.86.

Subvarian BA.2.86 pertama kali dikesan di Denmark pada 24 Julai.

Sejak itu, ia telah dikesan pada pesakit bergejala lain dalam pemeriksaan lapangan terbang rutin dan dalam sampel air sisa di negara seperti Switzerland dan Afrika Selatan selain Israel, Denmark dan Amerika Syarikat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas lanjut, UKHSA berkata, berdasarkan data baharu itu, masih awal untuk membuat sebarang kesimpulan tentang tingkah laku BA.2.86 dalam populasi UK yang lebih luas, tetapi varian itu mungkin pantas merebak dalam tetapan hubungan rapat.

“Adalah jelas bahawa terdapat beberapa tahap penularan komuniti yang meluas, baik di UK dan di seluruh dunia. Kami sedang berusaha untuk memantau tahap perkara ini”, kata Renu Bindra, Pengarah Insiden, UKHSA.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri,...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Sukan

0 IPOH – Biarpun membuat penampilan sulung pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, namun ia ternyata tidak mendatangkan masalah buat pelumba Caja...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications