Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Universiti terkemuka Thailand tawar cuti haid kepada pelajar perempuan


BANGKOK: Sebuah universiti terkemuka di Thailand meluluskan `cuti haid’ untuk pelajar yang mengalami masalah berkaitan kitaran haid.

Universiti Thammasat yang terletak di Pathum Thani, utara Bangkok menjadi institusi pengajian tinggi yang pertama menawarkan cuti demikian.

Universiti Thammasat kini membenarkan pelajar yang mengalami senggugut, sakit kepala dan keletihan mengambil cuti semasa belajar, tanpa menjejaskan gred mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keputusan itu diluluskan oleh jawatankuasa akademik pada minggu lalu.

Malah, langkah itu juga menjadikan Universiti Thammasat sebagai institusi pendidikan pertama Thailand yang membenarkan hak bercuti dalam tempoh haid.

“Jabatan Akademik ingin meminta kerjasama daripada fakulti, institusi dan kolej untuk membenarkan pelajar tidak hadir kerana haid,” jelas kesatuan pelajar universiti itu dalam kenyataan yang dimuat naik di aplikasi X.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyatakan tempoh pelajar berkenaan boleh mengambil cuti.

Universiti Thammasat yang merupakan universiti kedua tertua di Thailand dan dianggap antara institusi paling progresif, terkenal di negara itu kerana menawarkan kursus dalam bidang politik dan undang-undang.

Sebilangan kecil negara di seluruh dunia mengguna pakai undang-undang membenarkan cuti haid, termasuk Jepun, Indonesia dan Sepanyol.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, di beberapa negara lain pula, majikan mula menawarkan cuti haid tanpa diwajibkan dari segi undang-undang untuk berbuat demikian. – AFP


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Mamak News

0 Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications