Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Hiburan

Unsur ‘New Age’ Dalam Lagu Pelukan Angkasa, Ustaz Beri Pandangan Dan Penjelasan Padu


Lagu Pelukan Angkasa nyanyian kumpulan SOG dan Shila Amzah telah diumumkan sebagai Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36).

Berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur Ahad lalu, lagu ciptaan Raja Nazrin Shah dan lirik oleh Fazleena Hishamudin itu berjaya membawa pulang hadiah utama RM100,000 berserta trofi.

Namun, timbul pula desas-desus yang menyatakan lirik lagu tersebut mengandungi unsur-unsur ajaran akidah kebatinan atau New Age.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Pelukan Angkasa

Berikut merupakan lirik lagu Pelukan Angkasa:

Bulan purnama terangi rinduku yang sayu
Terbangkan kesumat rasa resah jiwa yang membelenggu
Langit gelita sematkan bintang di dadamu
Biar menyala jadi unggun yang membakar kalbu

Angin bersiul
Bersiul hembus
Menghembus luka
Dingin menusuk
Menusuk meratah rongga

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan

Terik suria suluh logika rohku yang gelap
Bebaskan radiasi meluluh lumat batinku yang terseksa

Kalian takkan mampu
Mampu memecahkan bongkah ini
Rangkul tanganku
Kita bersatu lawan dunia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan

Dua jiwa dua dunia
Ingin mengecap damai bahagia
Tahukah bahawa cinta itu satu dosa

Hah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu
Katakan cinta itu
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan

Ustaz Mohamad Razif melalui Facebooknya telah membuat satu hantaran menarik yang menjelaskan secara panjang lebar pandangannya mengenai lirik lagu tersebut.

Secara ringkas, inti pati dari penjelasan padu Ustaz Mohamad Razif dapat dilihat melalui poin beliau seperti berikut:

Advertisement. Scroll to continue reading.
  • Saya mulakan dengan berkongsi tentang sedikit perkembangan puisi Arab sebelum dan selepas Islam kerana itulah yang paling hampir dengan kita dalam penentuan sesebuah lirik yang “patuh syariah”. Apabila meneliti lirik Pelukan Angkasa (sebelum saya tahu ia OST KL Vampires), saya hanya melihat ia sebagai ekspresi penulis lirik terhadap cinta sepasang kekasih yang mungkin ada perbezaan, sedikit krisis, ada halangan, tapi kedua-duanya tetap mempertahankan cinta itu. Itu yang saya faham, tanpa saya mahu tonton filemnya kerana IMDb cuma bagi 2.5/10! 😀
  • Saya juga melihat istilah semesta, angin, angkasa sebagai pemilihan diksi oleh penulis lirik bagi menggambarkan plot-plot KL Vampires (mungkin, sebab saya tak menontonnya) dalam bentuk metafora tanpa ada sebarang masalah dari sudut akidah. Penulis lirik adalah Muslim, zahirnya seorang Muslimah yang ada akhlak yang baik, beragama, tidak dikenali sebagai terpengaruh dengan gerakan New Age.

Itu pada saya sudah mencukupi untuk kita tidak cuba menebak atau mentakwil sesuatu yang tidak sesuai pada liriknya. Ia berbeza dengan lagu My Sweet Lord oleh George Harrison yang terang-terang mempromosikan New Age. Maka sebaiknya adalah kita mendapatkan penjelasan penuh penulis lirik Pelukan Angkasa.

  • Imām Ibn Hajar al-Haythamī dalam al-Fatāwā al-Hadīthiyyah membawakan pandangan Imām al-Rāfi’i yang menegaskan, jika dinukilkan daripada seseorang suatu lafaz yang pada zahirnya kekufuran, maka ia hendaklah diteliti dan disiasat terlebih dahulu.

Jika ia mengandungi maksud yang berlainan dengan zahir lafaz, seperti ingin mengkhususkannya atau kata-kata kiasan, maka ia perlu ditanya kepada orang yang melafazkan untuk mengetahui apa maksud yang dikehendakinya.

Walaupun pada asalnya sesuatu lafaz itu diambil pada hakikat dan keumumannya, namun dalam hal ini kewaspadaan (ihtiyat) diperlukan. Jika dia menyebutkan sesuatu lafaz yang pada zahirnya terdapat andaian (ihtimal) kekufuran, namun dia menafikan kekufuran, maka ia bolehlah diabaikan.

Oleh itu, selagi boleh takwil, maka takwillah dengan sangkaan yang baik.

Ustaz Mohamad Razif turut menambah:

Advertisement. Scroll to continue reading.
  • Pendekatan New Age melalui muzik memang wujud. Sudah terlalu banyak jurnal akademik yang menghuraikannya. Cuma mungkin boleh lebih berhati-hati agar penulis lirik berkenaan tidak terpalit dengan sebarang sangkaan. Saya yakin, beliau dan SOG tidak tahu menahu pun tentang isu akidah dalam gerakan New Age yang turut berperanan melalui muzik.
  • Warganet pula usahlah terlalu cepat menghukum. Banyak hal boleh selesai dengan baik melalui perbincangan. Kecaman demi kecaman di media sosial hanya mengeruhkan keadaan tanpa memberi penyelesaian.

Untuk membaca lagi huraian panjang lebar beliau, layari Facebook Mohamad Razif.

| Kampungmamakcom Pelukan Angkasa

BACA: Lagu ‘Gloomy Sunday’ Diharamkan Selepas Jadi Punca Ramai Pendengar Mencabut Nyawa Sendiri

Sumber & kredit foto: Facebook Mohamad Razif, Facebook Ahmad Iqram, Youtube TV3MALAYSIA Official

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Sukan

3s SHAH ALAM – Khabar duka buat kem badminton negara apabila dua jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong disahkan...

Sukan

3s SEPANG – Pasukan Ducati membuktikan mereka benar-benar bersedia untuk menghadapi perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada musim 2024 ini selepas garang dengan mendominasi...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Mengakui dalam fasa bermalas-malas sehingga kurang bersemangat melakukan sebarang kerja, penyanyi Wany Hasrita mengalami peningkatan berat badan mendadak. Ujar Wany...

Advertisement