Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom Propaganda Upin Ipin

Animasi

Upin & Ipin Adalah Propaganda Malaysia – Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia


Upin & Ipin bukan sahaja terkenal di setiap peringkat umur di Malaysia. Malah, sini animasi yang telah menjangkau usia 14 tahun ini juga turut dikenali di negara jiran, Indonesia.

Bagi anak-anak, tidak kira di Malaysia atau Indonesia. Upin & Ipin mungkin di anggap sekadar kartun biasa. Tetapi bagi Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia atau KPI Agung Suprio, beliau mengatakan bahawa Upin & Ipin adalah propaganda Malaysia kepada dunia luar.

| Kampungmamakcom Propaganda Upin Ipin

Berkongsi menerusi temuramahnya di dalam sesi Podcast Deddy Corbuzier yang disiarkan di YouTube pada 9 September lalu, Aging Suprio menyatakan bahawa Upin & Ipin adalah simbol budaya dan imej Malaysia ke dunia luar yang bukan sahaja berbilang bangsa, malah ramah dan beragama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Upin-Ipin dapat disebut propaganda, propaganda positif. Upin-Ipin dapat memperkenalkan Malaysia atau imej Malaysia ke dunia luar yang berbilang budaya, sopan, ramah dan beragama,” kata Agung.

Memetik laporan laman Suara, Agung menyatakan alasan beliau disebalik dakwaan tersebut adalah disebabkan animasi ini mendapat subsidi dari Kerajaan Malaysia, jadi secara tidak langsung ini adalah produk untuk menyebarkan imej Malaysia pada dunia luar, “Jadi, ya propaganda pada akhirnya.”

| Kampungmamakcom Propaganda Upin Ipin

Selain itu, dalam video yang sama juga, dia juga menjelaskan bahawa kos yang tinggi dalam pembuatan animasi telah menyukarkan Indonesia untuk menghasilkan siri animasi mereka sendiri walaupun bakat dalam bidang animasi di negara itu tidak kurang hebatnya.

Jadi, bagi stesen televisyen Indonesia, beli siri animasi dari luar adalah lebih murah kosnya berbanding kos yang perlu dikeluarkan oleh mereka jika dihasilkan oleh orang tempatan di sana.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Suara.comYouTube Deddy Corbuzier 

BACA: Lagi Lagi Senario & Senario XX Bakal Ditayangkan Di Netflix Bermula 14 September!

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement