Hi, what are you looking for?

Sukan

UPM Serdang Angels lunas dendam


TANJUNG MALIM – Skuad Universiti Putra Malaysia (UPM) menunjukkan mereka adalah pasukan gergasi ragbi tujuh sebelah (7’s) apabila merangkul dua emas pada temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022.

Skuad UPM yang terkenal dengan gelaran Serdang Angels tersebut kembali merampas kemenangan selepas tewas terhadap pasukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada edisi 2018.

Namun, dendam UPM akhirnya berbalas selepas menyenaraikan sembilan pemain Sukan Komanwel untuk membenam cabaran UIAM dengan keputusan 42-0 di Padang Istiadat, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Tanjung Malim, Perak hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jurulatih ragbi UPM, Mohamad Nazeer Nesharah berkata, dia berpuas hati akhirnya UPM kembali merampas gelaran selepas dikecewakan pada edisi 2018.

“Alhamdulillah saya berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan para pemain. Mereka bermain dengan sangat baik tanpa memberi peluang kepada lawan untuk membuat try.

“Kemenangan ini juga bagi saya cukup manis kerana kita berjaya membalas dendam apabila kalah pada edisi lalu. Akhirnya kita berjaya bawa balik pingat emas ragbi ini kembali bumi Serdang,”katanya sejurus selepas perlawanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain meraih emas bagi kategori lelaki, UPM turut menungguli bagi kategori perempuan selepas menewaskan pasukan Politeknik pada perlawanan akhir

Pada aksi tersebut, meskipun pada awalnya UPM dilihat agak ketinggalan, namun semangat juang yang tidak kenal erti mengalah menyaksikan anak buah Faat Hor Rozi bangkit untuk memenangi perlawanan dengan keputusan 13-10.

“Kredit perlu diberikan kepada pasukan saya. Walaupun satu ketika mereka ketinggalan agak jauh, tapi mereka tetap berusaha untuk bangkit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Akhirnya mereka bukan sahaja berjaya menyamakan kedudukan tetapi berjaya memenangi perlawanan ini. Satu persembahan yang perlu diberi pujian,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement