Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Uqasha tolak ‘gender reveal’ ala barat, pilih doa selamat


PETALING JAYA – Pelakon Uqasha Senrose yang kini sedang hamil anak sulung memilih untuk tidak mengikut trend ‘gender reveal’ ala barat untuk mengumumkan jantina anaknya, sebaliknya mengikut budaya Melayu dengan mengadakan sebuah majlis doa selamat.

Menurut Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, dia dan suaminya, pelakon Kamal Adli sangat berhati-hati dengan kehamilan kali ini dan mahu merahsiakan jantina bayi.

“Sebab pernah keguguran sebelum ini saya memang sangat berhati-hati. Jadi, saya dan Kamal sepakat untuk tidak mahu mengetahui jantina bayi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami akan umumkan jantina bayi dalam sebuah majlis doa selamat nanti. Tidaklah buat majlis ‘gender reveal’ seperti orang Barat sebaliknya lebih kepada tradisional kita,” kongsi Uqasha.

Bintang drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu juga mendedahkan, dia tidak melakukan sebarang persiapan bayi kerana masih tidak mengetahui jantina anak dalam kandungan.

“Belum beli barang-barang bayi lagi, saya tidak tahu hendak mula dari mana. Tunggulah selepas majlis doa selamat dan selepas tahu jantina bayi barulah saya buat persiapan,” kata Uqasha.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Meskipun berdebar dan teruja untuk menyambut anak pertama, Uqasha memberitahu dia terpaksa berdikari sepanjang tempoh kehamilan memandangkan Kamal terlibat dengan penggambaran drama di luar daerah.

Sungguhpun begitu, Kamal meminta ibu Uqasha dan kakaknya untuk menjaga dan menemaninya di rumah.

“Sejak saya hamil saya lihat Kamal memang bekerja lebih keras, jika dahulu dia memilih juga kerja, tetapi sekarang mana rezeki yang datang dia akan cuba buat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dia mahu memastikan keperluan saya dan anak cukup. Oleh itu, sekarang saya banyak ditinggalkan Kamal sebab dia menjalani penggambaran di luar daerah. Tetapi setiap hari dia akan hubungi saya untuk pantau keadaan saya dan anak dalam kandungan.

“Saya juga masih sibuk bekerja dan sekarang sedang menjalani penggambaran drama Jangan Lupa Janji,” tutur Uqasha yang ditemui pada majlis resepsi perkahwinan penyanyi Amylea Azizan baru-baru ini.

Uqasha yang mendirikan rumah tangga dengan Kamal Adli pada 5 November 2021, sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kali pertama selepas pulang daripada melakukan ibadah umrah beberapa bulan selepas berkahwin dan kali kedua sekitar November 2022. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement