Hi, what are you looking for?

Mamak News

Usaha Murni Qatar Berdakwah Disambut Baik, Terima Banyak Pujian


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Perhatian seluruh dunia kini pastinya tertumpu kepada kejohanan bola sepak terbesar, FIFA World Cup 2022 yang baru saja bermula di Qatar.

Di sebalik kemeriahan dan kontroversi yang melanda, salah satu topik perbualan hangat ketika ini ialah bagaimana Qatar mengambil kesempatan menganjurkan temasya sukan tersebut sambil berdakwah menyampaikan syiar Islam.

Usaha yang sangat mulia ini telah disambut baik dan menerima banyak respon positif dari pelbagai pihak serta dipuji oleh masyarakat Islam yang lain di seluruh dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Melalui laman Facebooknya, Ustazah Asma’ Harun turut mengulas mengenai perkara ini dengan menyenaraikan beberapa usaha murni tersebut yang telah disusun rapi oleh kerajaan Qatar sepanjang berlangsungnya FIFA World Cup 2022 kali ini untuk tatapan dan renungan bersama rakyat Malaysia.

FIFA World Cup 2022

SUBHANALLAH, USAHA DAKWAH YANG MENGAGUMKAN, QATAR PERKENALKAN KEINDAHAN ISLAM PADA FIFA WORLD CUP 2022 🏆⚽

Dalam suasana penuh debaran kita menantikan pembentukan kerajaan di Malaysia, semalam berlakunya majlis pembukaan besar-besaran FIFA WORLD CUP 2022 di Qatar. Paling menakjubkan apabila acara antarabangsa ini banyak diselitkan mesej-mesej pengenalan tentang Islam. Antaranya:

Advertisement. Scroll to continue reading.

1) DIALOG ANTARA MORGAN FREEMAN DAN GHANIM AL-MUFTAH

Antara cara yang banyak menarik perhatian ribuan penonton yang hadir adalah kemunculan pelakon terkenal Hollywood, Morgan Freeman dan seorang pemuda berusia 20 tahun, Ghanim Al-Muftah yang merupakan ikon pemuda Qatar serta duta FIFA World Cup 2022. Mereka berdialog tentang “Bagaimana kepelbagaian manusia boleh hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung?”

Kemudian Ghanim Al-Muftah membacakan surah Al-Hujurat ayat 13 di hadapan semua penonton seperti firman Allah SWT:

Advertisement. Scroll to continue reading.

يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ اِنَّا خَلَقْنٰكُمْ مِّنْ ذَكَرٍ وَّاُنْثٰى وَجَعَلْنٰكُمْ شُعُوْبًا وَّقَبَاۤىِٕلَ لِتَعَارَفُوْا ۚ اِنَّ اَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللّٰهِ اَتْقٰىكُمْ ۗاِنَّ اللّٰهَ عَلِيْمٌ خَبِيْرٌ

Maksudnya: “Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari laki-laki dan perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.”

(Surah Al-Hujurat: 13)

Advertisement. Scroll to continue reading.

2) HADIS RASULULLAH SAW DI DINDING STADIUM

Pihak penganjur memanfaatkan Stadium Al Bayt yang besar untuk mempamerkan hadis-hadis Rasulullah SAW kepada para pengunjung di dinding-dinding stadium. SubhanAllah, mudah-mudahan usaha tersebut menjadi asbab hidayah dimasukkan ke dalam hati para pengunjung.

3) BAR CODE DALAM SETIAP BILIK HOTEL

Advertisement. Scroll to continue reading.

Satu usaha yang sangat baik pihak penganjur untuk perkenalkan para pengunjung dengan Islam iaitu meletakkan bar code yang mengandungi perkara-perkara asas tentang agama Islam. Di sini para tetamu sedikit sebanyak mendapat pendedahan tentang keindahan Islam yang harmoni.

4) LAUNGAN AZAN DI STADIUM

Sepanjang pertandingan FIFA dijalankan di Stadium Al Bayt, para muazzin diminta untuk melaungkan azan sebanyak 5 kali sehari sebagai tanda masuk waktu solat sewaktu perlawanan berlangsung. Mereka menjemput para muazzin yang mempunyai suara merdu dan sebenarnya ini antara kaedah untuk berdakwah kepada orang bukan Islam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suara yang merdu boleh memikat hati pendengar sehingga melekat di dalam fikiran mereka. Mudah-mudahan laungan kalimah Allah dan Rasulullah yang dilaungkan menjadi asbab hidayah kepada ramai pengunjung, insyaAllah. 🤲

5) 2,000 PENDAKWAH MENYAMPAIKAN ISLAM, LEBIH 500 MENGUCAPKAN SYAHADAH

Pihak penganjur menjemput seramai 2,000 orang pendakwah yang bersedia untuk menyampaikan kefahaman tentang kebaikan Islam kepada para pengunjung. Mereka disediakan 10 buah kereta dan 10 khemah bagi memudahkan urusan berdakwah serta proses syahadah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dimaklumkan seramai lebih 500 orang telah mengucapkan syahadah sepanjang FIFA World Cup berlangsung. Kita doakan semoga bilangan ini akan terus bertambah hingga selesai perlawanan, insyaAllah. 😊

6) RUANG SOLAT DAN WUDHUK YANG BANYAK

Pihak penganjur juga menyediakan tempat solat yang luas dan tempat wudhuk yang banyak bagi memudahkan umat Islam menunaikan tanggungjawab mereka 5 kali sehari. Ini antara contoh untuk menganjurkan sesuatu acara hiburan dalam masa yang sama tetap menjaga kewajipan sebagai muslim. Kelengkapan dan kemudahan untuk beribadah disediakan bagi membantu para hadirin menunaikan yang fardhu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

7) JUALAN ARAK DILARANG SEPANJANG PERLAWANAN BERLANGSUNG

Presiden FIFA, Gianni Infantino mengumumkan jualan arak adalah dilarang di dalam stadium kerana ia merupakan arahan pihak penganjur di Qatar. Sebenarnya ramai penyokong bukan Islam tidak bersetuju dengan perintah tersebut, tetapi Infantino menegaskan bahawa “penonton boleh hidup tanpa alkohol sepanjang 3 jam menonton perlawanan.”

8) MENJEMPUT DR. ZAKIR NAIK  UNTUK BERDAKWAH PADA KEJUARAAN FIFA WORLD CUP 2022

Advertisement. Scroll to continue reading.

Qatar telah menjemput seorang penceramah terkenal bagi memberi ceramah mengenai Islam dalam kejuaraan tersebut. Dr. Zakir membawakan topik mengenai “Perkahwinan Nabi” yang mana topik yang sama pernah dibahaskan oleh Nupur Syarma. Penyampaian Nupur telah mendapat kecaman hebat di Qatar sehingga mereka memaklumkan pada kedutaan India mengenai memo protes akan kenyataan Nupur. Itu merupakan salah satu sebab mereka menjemput Dr. Zakir Naik bagi berceramah topik yang sama.

SubhanAllah, Allahu Akbar.

Inilah kepentingan adanya pemimpin yang memahami Islam agar masyarakat dapat dipelihara daripada perkara-perkara yang boleh membinasakan. Di dalam kaedah usul fiqh ada menyebutkan:

Advertisement. Scroll to continue reading.

مَا لَا يُدْرَكُ كُلُّهُ لَا يُتْرَكُ كُلُّهُ

Maksudnya: “Jika tidak dapat laksanakan semua, jangan tinggalkan semua.”

Jika Islam tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh maka jangan pula tinggalkan Islam itu sepenuhnya, tetapi buatlah mengikut kemampuan. Tak semua yang kita ingin atau suka itu baik, apabila sesuatu itu dilarang dalam Islam, maka ia pasti baik untuk kita.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Firman Allah SWT:

وَعَسٰٓى اَنْ تَكْرَهُوْا شَيْـًٔا وَّهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَعَسٰٓى اَنْ تُحِبُّوْا شَيْـًٔا وَّهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللّٰهُ يَعْلَمُ وَاَنْتُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ

Maksudnya: “Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Advertisement. Scroll to continue reading.

(Surah al-Baqarah: 216)

Asma’ binti Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat

BACA: FIFA World Cup 2022: Islamophobia Melampau Masyarakat Dunia Jelas Terbukti Di Qatar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Ustazah Asma’ Harun

Teruskan Membaca

Hiburan

54s Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Gara-gara terlepas cakap pernah berniat mahu menyembelih orang bukan Islam dalam sebuah ceramah pada 4...

Mamak News

3s Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Piala Dunia 2022 Di Qatar Pengadil Banyak Memberi Masa Tambahan Untuk Perlawanan Edisi Piala Dunia kali ini banyak...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. GPS Terima Permohonan Maaf DAP Dengan Hati Terbuka – Abang Jo Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Haji...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LONDON – Malang bertimpa-timpa melanda bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo selepas penyerang Portugal itu ditamatkan kontrak oleh...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications