Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

USM, SpaceIn lancar satelit kecil SpaceANT-D pertama Malaysia 


GEORGE TOWN – Universiti Sains Malaysia (USM) dan SpaceIn Sdn..Bhd. melakar sejarah apabila berjaya melancarkan satelit kecil piko pertama Malaysia dikenali SpaceANT-D, semalam.

Pelancaran sekitar pukul 2.30 pagi waktu tempatan itu menggunakan roket Falcon 9 milik Space X dari Vandenberg Space Force Base, California, Amerika Syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif SpaceIn, Dr. Norilmi Amilia Ismail berkata, SpaceANT-D akan dilepaskan daripada ‘deployer’ (pengerahan) ‘Alba Orbital’ dalam masa tujuh ke 10 hari lagi sebelum isyarat pertama satelit dihantar ke stesen bumi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, SpaceANT-D berukuran 5x5x5 sentimeter (cm) dan berat kurang dari 250 gram (g) ini akan mendemonstrasikan misi penstoran dan penghantaran data untuk aplikasi IoT.

“Ia dinamakan SpaceANT-D (Space Advance Network Technology) berikutan satelit ini akan menerima data daripada sensor di bumi dan kemudiannya data ini dihantar semula ke stesen bumi.

“Daripada stesen bumi, data akan dihantar ke ‘cloud’ untuk memudahkan pengambilan data oleh pengguna,” katanya di sini, semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, SpaceIn merupakan salah satu pemenang program akselerator SUPERB yang ditawarkan oleh TERAJU, sebuah agensi tindakan afirmatif Bumiputera yang strategik yang ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Geran yang dimenangi telah digunakan untuk membiayai pembangunan SpaceANT-D. SpaceIn juga menerima dana daripada CRADLE untuk pembangunan pusat data satelit di USM.

Menurutnya, misi itu merupakan hasil usaha bersama antara USM, SpaceIn, dan Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia (MARTS) dan menandakan pencapaian penting dalam usaha negara untuk mencapai Malaysia Space Exploration 2030.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pelancaran satelit ini juga menunjukkan komitmen USM dan SpaceIn untuk membangunkan bakat tempatan, menggalakkan inovasi dan memajukan industri angkasa di Malaysia,” katanya.

Tambahnya, pihaknya percaya dengan pengurangan kos melalui penggunaan satelit kecil akan memberi lebih banyak peluang kepada semua untuk menggunakan teknologi angkasa bagi menyelesaikan pelbagai masalah industri dan kehidupan.

”Antara industri tumpuan SpaceIn untuk penggunaan satelit SpaceANT ini adalah industri pertanian, perhutanan dan minyak serta gas,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Mamak News

0 Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications