Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Ustaz Wadi Annuar dipanggil beri keterangan mengajar tanpa tauliah


KANGAR – Pendakwah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub atau lebih dikenali sebagai Ustaz Wadi Annuar akan dipanggil Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) selepas didakwa mengajar tanpa tauliah daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Ia berkaitan penyertaan pendakwah terbabit pada program Solat Tarawih dan Sembang Santai bersama Ustaz Wadi Annuar yang diadakan di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, Kompleks Pendidikan MATIN di sini semalam.

Selain Ustaz Wadi Annuar, pihak penganjur iaitu Lajnah Dakwah dan Perkaderan PAS Kangar akan turut dipanggil memberi keterangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia susulan satu laporan polis dibuat JAIPs di Balai Polis Kangar selepas anggota penguat kuasanya yang mahu mengambil keterangan berhubung tindakan pendakwah bebas terbabit memberikan ceramah di negeri ini dihalang penganjur daripada bertemu dengan Ustaz Wadi.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, pendakwah dan penganjur itu dikehendaki hadir untuk diambil keterangan di Pejabat JAIPs pada 17 April ini dan satu proses tindakan undang-undang akan dijalankan secara sivil dan syariah.

“Jabatan Mufti Negeri Perlis yang keluarkan tauliah manakala JAIPs melaksanakan penguatkuasaannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dalam hal ini, melalui perjumpaan dengan Exco Agama Islam negeri, pihak berkenaan (Ustaz Wadi Annuar) sudah ditawarkan dan dipelawa untuk memohon tauliah kerana kita akan nilaikan dahulu jadi dia pohonlah dahulu tauliah itu.

“Kita hendak tengok juga siapa yang dia hendak ceramah tetapi dia enggan malah semasa dua kali perjumpaan bersama JAIPs juga sudah ditegaskan supaya minta tauliah terlebih dahulu tetapi beliau tetap juga enggan dengan alasan tersendiri seperti ceramah itu dilakukan di premis peribadi dan sebagainya,” katanya.

Mohd. Asri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perlis berkata, ia sudah sampai ke tahap toleransi selama ini diambil sebagai satu peluang untuk mempersendakan peraturan apatah lagi setelah dikeluarkan titah oleh Raja Perlis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bukan sahaja Raja Perlis yang keluarkan titah seperti ini, Sultan dan pemerintah di negeri lain juga mengeluarkan perkara yang sama,” jelasnya.

Katanya, dalam kejadian semalam, penguatkuasa JAIPs bukan datang untuk menangkap Ustaz Wadi sebaliknya hanya mahu mengambil keterangan daripadanya sahaja.

Katanya, tindakan itu dihalang dengan halangan besar daripada hadirin yang hadir dalam majlis itu dengan cara yang tidak terhormat meskipun terdapat anggota polis hadir mengawal kejadian berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis dan menyiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam. – KOSMO! ONLINE.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement