Hi, what are you looking for?

Mamak News

Utamakan “Work-Life Balance” Dari Gaji Tinggi, Pemuda Singapura Bahagia Cari Rezeki Di Malaysia


Utamakan “Work-Life Balance” Dari Gaji Tinggi, Pemuda Singapura Bahagia Cari Rezeki Di Malaysia

Seperti yang sedia tahu, Malaysia dan dunia kini sedang dilanda krisis ekonomi yang membimbangkan dengan kenaikkan kadar inflasi dan sebagainya. Oleh itu, mungkin ramai diantara kita telah bersedia dengan pelbagai kemungkinan dengan melakukan kerja lain untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

Ada juga yang memilih untuk merentas sempadan dan bekerja di luar seperti Singapura dengan bayaran gaji yang lebih tinggi berbanding bekerja di negara sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, keperluan setiap manusia itu berbeza-beza, ada orang mencari pekerjaan yang menawarkan gaji yang tinggi dan ada juga mencari pekerjaan yang boleh memberikan kebahagian serta ketenangan setiap hari.

Begitulah kisah seorang pemuda dari Singapura ini yang memilih bekerja di Malaysia kerana mahukan keseimbangan bekerja dan kehidupan (work-life balance) meskipun mengakui pekerjaan di negaranya menawarkan gaji yang lebih lumayan.

Hasan Ithinin berkongsi hal tersebut menerusi laman Tik Tok miliknya baru-baru ini mengenai perspektif rakannya itu yang dikenali sebagai Hayyum. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Hayyum, dengan bekerja di Malaysia, dia mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga dan rakan-rakan berbanding bekerja di Singapura yang memberikan lebih banyak tekanan dan tidak mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga. 

Katanya lagi, dia tidak kisah bekerja di Malaysia yang menawarkan gaji yang lebih rendah, asalkan dapat menikmati kehidupan bersama isteri dan anak-anaknya dengan lebih selesa.

@hasanithnin

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kerja Malaysia @ Singapore??? #kerja #malaysia #singapore #realstory #realexperiences #reallife #fyp #fypシ

♬ original sound – Hasan Ithnin – Hasan Ithnin

Perkongsian pemuda tersebut ternyata memberikan perspektif baharu kepada sebahagian warga maya. Ada yang berkongsi, selama ini ramai yang melihat gaji yang tinggi sebagai keutamaan ketika mencari pekerjaan, rupanya ada juga individu di luar sana yang mahukan perkara lain sebelum memutuskan pekerjaan mana yang mahu dicari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Sumber: Hasan Ithin, MS News

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement