Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Hiburan

Uyaina Arshad tidak kisah digelar ‘terpaling ibu’


PETALING JAYA – Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad enggan ambil peduli apabila dilabel ‘terpaling ibu’ gara-gara kerap berkongsi perihal tentang penjagaan anaknya, Raja Urhan.

Ujar selebriti berusia 30 tahun itu, dia lebih mementingkan kesihatan anaknya berbanding pandangan orang luar selain mahu berkongsi tentang masalah lidah pendek (tongue-tie) yang dihidapi anaknya untuk pengetahuan orang lain yang tidak mengetahui tentang hal tersebut.

“Apa pun orang cakap, saya tidak kisah. Yang penting, anak saya sihat. Masing-masing ada pengalaman sendiri menjadi ibu, jadi terpulanglah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kita buat macam mana pun, ada sahaja yang tidak kena dengan selera segelintir netizen di luar sana.

“Tidak mengapalah, saya cuma kongsi dengan mereka yang positif untuk menerima ilmu baharu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Sementara itu, Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaiana Arshad turut berkongsi rasa teruja apabila masyarakat mula mengetahui masalah lidah pendek selepas membuat perkongsian mengenai masalah anaknya yang kini berusia lapan bulan dalam Instagram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya cuma berkongsi pengalaman saya sebagai ibu untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai terhadap masalah tongue-tie ini.

“Apabila saya kongsi tentang situasi dilalui anak saya, ramai ibu mula sedar dan peka bahawa anak mereka mengalami masalah sama,” ujarnya.

Sebelum ini, isteri kepada penyanyi Raja Syahiran itu memberitahu hanya berpeluang menyusukan anak sulungnya kurang dua minggu disebabkan keadaan dialami bayi tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi mengurangkan masalah itu, doktor menggunting sedikit bahagian bawah lidahnya, walaupun ‘tongue-tie’ tersebut tidak dapat diselesaikan sepenuhnya.

Uyaina dan Raja Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan pada 8 September 2022. -KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement