Hi, what are you looking for?

Sukan

Van Dijk muncul wira Belanda ke semi final


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

AMSTERDAM – Belanda memastikan tempat ke separuh akhir saingan Liga Negara-Negara Eropah selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Belgium awal pagi semalam bagi menjua­rai saingan Kumpulan A4.

Pada perlawanan di Amsterdam Arena, pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk menjadi wira The Oranje apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-73 hasil sepakan penjuru Cody Gakpo.

Walaupun menang, namun ketua jurulatih Belanda, Louis van Gaal mengakui agak kecewa dengan aksi keseluruhan yang ditampilkan meskipun barisan pemainnya menunjukkan disip­lin cukup tinggi sepanjang 90 minit permainan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami kehilangan banyak bola pada perlawanan malam ini meskipun dalam situasi yang mudah. Ia sama seperti bertemu Poland, namun kali ini kesilapan tersebut menjadi semakin ­banyak.

“Belgium juga bermain sangat baik apabila memberi tekanan kepada kami dengan tidak memberi ruang kepada pemain-pemain Belanda memegang bola. Ini bukanlah permainan terbaik kami,” katanya.

Bekas pengendali Manchester United itu juga percaya mereka sepatutnya menamatkan perlawanan tersebut dengan jaringan lebih besar sekiranya bahagian serangan memanfaatkan sepenuhnya peluang terhidang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami ada cipta beberapa peluang pada penghujung perlawanan. Saya fikir (Steven) Bergwijn dan (Davy) Klaassen sepatutnya menghasilkan jaringan menerusi peluang-peluang tersebut,” ujar Van Gaal. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Kira-kira 14 saksi pendakwaan dijangka akan dipanggil memberi keterangan dalam kes pengubahan wang haram dan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Ramai Tak Tahu, Ini Jasa Bangladesh Kepada Golongan Miskin Seluruh Dunia Jasa Bangladesh kepada golongan miskin di seluruh...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. IMPIAN seniwati veteran Fauziah Nawi untuk memiliki kenderaan sendiri akhirnya tercapai apabila menerima kereta Mitsubishi Xpander bernilai RM100,000...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Is Sabri Yaakob menafikan dakwaan RM620 bilion tidak direkodkan dalam...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications