Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

Van Gaal beri amaran buat pemain


DOHA – Pengurus Belanda, Louis Van Gaal memberi peringatan kepada pemainnya bahawa Amerika Syarikat mampu mengejutkan mereka pada aksi 16 pasukan terbaik di Stadium Khalifa malam ini.

Biarpun Belanda kekal tanpa kalah dalam tiga aksi kumpulan, manakala Amerika Syarikat hanya mampu menja­ringkan dua gol setakat ini, Van Gaal merasakan lawannya itu masih memiliki kualiti untuk mencatatkan keputusan baik seperti ketika mereka
mengikat England tanpa jari­ngan.

Trio tengah skuad AS, Yunus Musah, Tyler Adams dan Weston McKennie menjadi antara pemain yang menarik perhatian Van Gaal apabila merasakan ketiga-tiganya miliki kualiti untuk membantu Amerika Syarikat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya cukup berpengalaman ketika menentang negara seperti Amerika Syarikat dan Australia. Apabila menentang pasukan seperti ini, ia pastinya akan beri tugas yang cukup sukar kepada kami.

“Mereka bermain dengan cukup fanatik, mampu mengawal bola dengan baik dan menyerlahkan kemahuan tinggi,” katanya.

Dalam masa sama, Van Gaal juga mengharapkan Memphis Depay yang mengalami kecederaan hamstring dapat kembali cergas untuk memperkuatkan pasukan pada pertemuan dengan Amerika Syarikat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya sudah cergas. Aksi di pusingan kalah mati adalah perhitungan yang lebih serius dan kami pastinya tidak mahu alami kekecewaan.

“Mungkin ada orang menganggap ia adalah tugas mudah tetapi ia akan sentiasa menjanjikan sesuatu yang berbeza,” kata Depay. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement