Hi, what are you looking for?

Varian Omicron Cetus Kluster Baharu, Meningkat Kepada 18 Kes

Covid-19

Varian Omicron Cetus Kluster Baharu, Meningkat Kepada 18 Kes


LABUAN, 7 Jan (Bernama) — Jumlah kes baharu membabitkan varian Omicron yang mencetuskan kluster OKK Awang Besar Saudi di sini, meningkat daripada 13 kepada 18 kes setakat semalam (6 Jan), kata Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.

Beliau berkata pihaknya kini bersiap sedia sepenuhnya untuk kemungkinan berlaku lonjakan kes baharu melibatkan varian tersebut, di samping menggesa orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dengan mengelak orang ramai dan mengamalkan penjarakan fizikal.

“Jumlah kes COVID-19 bertambah berikutan kemunculan kluster baharu ini, dan kami juga menjangkakan peningkatan kes dalam beberapa hari akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jangkaan peningkatan kes bukan sahaja disebabkan daripada kemasukan pengembara, tetapi kemungkinan besar juga daripada kalangan pelajar memandangkan sesi persekolahan dibuka semula minggu depan. Berikutan itu, kami memutuskan untuk membekukan cuti tahunan petugas kesihatan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, menurut Dr Ismuni seorang pelajar (dari Sabah) Kolej Matrikulasi Labuan yang dijadual memulakan semester baharu dikesan positif COVID-19 beberapa hari lalu.

“Pelajar berkenaan menjalani kuarantin dalam bilik, dan kami sentiasa memantau keadaan kesihatannya serta kemungkian berlaku jangkitan dalam kalangan pelajar lain,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dr Ismuni berkata selepas kejayaan mengekang wabak tersebut, Labuan menyaksikan trend yang masih turun naik bagi kes baharu COVID-19, dengan merekodkan dua digit kes baharu pada 2 Jan, sebelum turun kepada dua dan lima kes masing-masing pada 3 dan 4 Jan, kemudian meningkat semula kepada 15 kes pada 5 Jan dan 20 kes semalam.

“Daripada 20 kes yang kami laporkan semalam (6 Jan), 18 kes adalah daripada dua keluarga yang pulang dari Kelantan dan Sabah, ini menunjukkan pematuhan SOP semakin diambil ringan,” katanya.

Menurutnya sehubungan itu, petugas kesihatan (unit penguatkuasaan) ditugaskan untuk meningkatkan pemantauan terhadap pematuhan SOP terutamanya di premis makanan dan minuman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Semua orang tidak akan terlepas daripada kompaun sekiranya didapati melanggar SOP kerana kami bukan sahaja menyasarkan pengusaha premis perniagaan, tetapi juga individu (pelawat dan pelanggan),” katanya.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Bersangka baik pada bulan puasa, tiada istilah terpaksa dalam diri saya.” Demikian respons ibu kepada penyampai radio dan pelawak, Shuib...

Travel

0 Langkawi antara destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai, malah pulau bebas cukai itu juga mempunyai banyak tarikan lain untuk dilawati. Nak cari penginapan...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa buah negeri sehingga pukul 6...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang lelaki dari wilayah Soppeng di Sulawesi Selatan ditahan polis selepas bertindak kejam membunuh bapa tirinya yang sedang tidur dengan menggunakan sebatang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications