Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

[VIDEO] 4 kereta dibaling batu individu ‘misteri’


PETALING JAYA – Sepasang kekasih panik dan trauma apabila kereta yang mereka naiki dibaling seketul batu oleh seorang individu ‘misteri’ sehingga menyebabkan cermin belakang pecah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @vyberliaw di akaun TikToknya, kejadian yang berlaku kelmarin itu bukan sahaja terjadi kepada mereka, malah empat buah kereta lagi turut terkena situasi yang sama.

Sebelum itu, ujarnya, mereka melihat kereta di hadapan mereka telah dibaling batu oleh seorang individu tidak dikenali dan sempat dirakam oleh kamera papan pemuka keretanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setelah itu, kereta mereka menjadi mangsa, diikuti dengan dua lagi kereta di belakang.

Difahamkan kejadian berlaku di bawah jejambat dari arah pusat beli-belah MyTown, Cheras, Kuala Lumpur.

“Keadaan sangat gelap, jadi kami tidak dapat kenal pasti muka individu terbabit, tetapi kami nampak dia (individu) itu pakai baju warna apa, dan bentuk fizikalnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Lepas dia baling, dia terus lompat dan lari. Memang sangat lincah. Pemilik kenderaan Exora, iaitu salah seorang mangsa pergi mengejar individu tersebut, tetapi tidak dapat.

“Kami telefon talian kecemasan empat kali baru angkat. Selepas dah tunggu di sana lebih satu jam, polis masih tidak datang. Jadi kami bergerak ke Ibu Pejabat Daerah Polis, Pudu,” katanya dalam video tersebut.

Tambahnya, laporan polis kemudiannya dibuat di Balai Polis Trafik Tun H.S Lee.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang turut berasa takut seandainya perkara yang sama berulang kepada mangsa lain.

“Aduh, ini tempat aku selalu balik kerja malam ini. Harap polis pantau kawasan ni,” kata Maria.

“Tidak boleh bayangkan kalau ada anak kecil di belakang, mesti dah cedera parah,” ujar Jannah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kawasan tu hari itu ada seorang lelaki juga baling macam-macam dekat kereta tetapi waktu itu siang. Harap kamu berdua dalam keadaan selamat,” komen pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

@vyberliaw This happened to us on our way back from Mytown Cheras at 12am. #crime #malaysia #incident #fyp #fypシ #foryou #cheras #mytown #mytownkl #mytowncheras #policemalaysia #malaysiaboleh #malaysiatiktok #malaysiapolice #myfm #hitzfm #flyfm #hotfm #erafm #mixfm #melodyfm #988fm #mediaprima #onefm #goxuan #aifm #litefm #astro #beritatiktok #beritaterkini #beritahariini #beritaharian ♬ original sound – Vyber


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement