Kucing sangat dikenali sebagai haiwan yang sangat comel dan boleh ‘mencuit’ hati orang ramai. Bagi pencinta kucing, mereka memelihara haiwan ini bukanlah sekadar haiwan peliharaan semata-mata, tetapi haiwan ini merupakan sebahagian daripada keluarga mereka.
Sama seperti manusia, kucing juga boleh dilahirkan dengan cacat penglihatan atau bahasa mudahnya buta. Kucing yang hilang deria penglihatan mereka ini mungkin tampak cacat di mata orang ramai tetapi masih mampu untuk mengenali tuannya.
Begitulah yang ingin dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @blind_cat_dmitri. Menerusi perkongsian video itu, dapat dilihat seekor kucing yang cacat penglihatannya sedang duduk di atas meja makan.
Namun, kucing itu dapat mengecam kehadiran tuannya yang sedang merakam video tersebut. Kucing itu kelihatan mengeluarkan bunyi ‘meow’ sambil menghulurkan tangannya seolah-olah mengetahui bahawa tuannya sedang berada di hadapan.
Video yang dimuat naik itu telah mendapat perhatian warganet dengan memperoleh jumlah tontonan sebanyak 58.1 juta tontonan.
@blind_cat_dmitri
Sumber: @blind_cat_dmitri
