Hi, what are you looking for?

Dunia

VIDEO: Ais Mencair Semakin Pantas, 32 Saintis Dihantar Untuk Siasat ‘Glasier Kiamat’ Di Benua Antartika


Sekumpulan saintis telah belayar ke kawasan yang paling sukar untuk dikunjungi di dunia bagi mengkaji dengan lebih baik, berapa banyak dan berapa cepat paras laut akan naik akibat pemanasan global yang menyebabkan ais mencair begitu pantas di Antartika.

Seramai 32 orang saintis dihantar untuk menyiasat kawasan utama pencairan glasier di benua tersebut. Menurut laporan New York Post, misi tersebut akan mengambil masa kira-kira lebih dua bulan.

Menggunakan kapal penyelidikan Amerika Syarikat, kajian akan dilakukan di kawasan Glasier Thwaites yang menghadap Laut Amundsen dan berpotensi kehilangan sejumlah besar bongkah ais. Salah satu puncanya ialah kerana air laut semakin panas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Glasier yang  dikatakan sebesar Florida itu digelar sebagai ‘Glasier Kiamat’ kerana memiliki bilangan bongkah ais yang banyak serta memberi ancaman dahsyat kepada dunia akibat peningkatan paras laut sekiranya semua bongkah tersebut cair sepenuhnya.

Seorang saintis daripada Universiti Oregon, Erin Pettit berkata ia mencair dari bawah kerana air laut semakin panas dan bahagian darat glasier kehilangan tempat cengkaman di mana ia melekat pada dasar laut yang menyebabkan bongkah besar terkeluar ke lautan dan mencair.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Misi yang dijalankan secara bersama antara Amerika Syarikat dan Britain ini menelan belanja sebanyak AS$50 juta (RM210.13 juta).

“Thwaites adalah sebab utama kita tidak mempunyai kepastian berkenaan unjuran kenaikan paras laut pada masa hadapan. Hal ini kerana ia berada dia kawasan yang sangat terpencil dan sukar untuk dicapai,” jelas Anna Wahlin seorang oseanografi dari Universiti Gothenburg di Sweden.

Glasier ini dikatakan ‘meletakkan’ sebanyak 50 bilion tan ais ke dalam air setiap tahun. Tinjaun mendapati glasier ini juga bertanggungjawab untik kira-kira 4 peratus kenaikan paras laut dunia, manakala punca kepada pencairan ais di glasier ini dikatakan semakin teruk.

Sumber: New York Post

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Travel

0 Langkawi antara destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai, malah pulau bebas cukai itu juga mempunyai banyak tarikan lain untuk dilawati. Nak cari penginapan...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa buah negeri sehingga pukul 6...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang lelaki dari wilayah Soppeng di Sulawesi Selatan ditahan polis selepas bertindak kejam membunuh bapa tirinya yang sedang tidur dengan menggunakan sebatang...

Mamak News

0 Batal Atau Tak Kunyah Gula-Gula Getah Ketika Berpuasa? Ini Jawapan Mufti Di bulan Ramadan ini, pasti ramai diantara kita yang mempunyai masalah nafas...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications