Hi, what are you looking for?

Mamak News

(Video) Aksi Polis Pengiring Istana Singapura Sekat Jalan, Utamakan Memerang Nak Melintas, Curi Perhatian Ramai


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Polis pengiring Istana yang bertugas mengawal lalu lintas telah menghentikan pergerakan kenderaan selama dua minit untuk memberi laluan kepada sekumpulan memerang menyeberangi jalan raya yang sibuk di Jalan Orchard.

Kejadian ini disiarkan menerusi akaun Tiktok milik @sgcoolguy menunjukkan ‘keluarga’ memerang ini mendapat layanan istimewa apabila dua anggota polis yang mengawal jalan untuk memberi laluan kepada Presiden Singapura telah mengiringi ‘VVIP berbulu’ itu melintasi jalan.

“Ingatkan Presiden nak keluar dari Istana, rupanya ada ‘VVIP’ lain…”

Menerusi video tersebut, anggota polis mengangkat tangan untuk menghentikan kenderaan yang melalui jalan tersebut. Tindakan ini supaya kenderaan lain tidak melanggar haiwan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kenderaan lain menunggu dengan sabar

Pemandu jalan raya sabar menunggu ‘VVIP’ ini melintasi lima laluan di jalan raya tersebut.

Memerang terakhir yang melintas jalan raya ini mencuri perhatian ramai apabila gelagatnya semasa melintas jalan membuatkan orang ‘geram’ dengan kelucuan haiwan ini mengejar rakan-rakan lain yang sudah meninggalkannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@sgcoolguy1974 #cute #sg #singapore #sgtiktok #fyp #fypsg #sgtrending #otter #otters #ottersoftiktok #otterlover #animal #wildlife ♬ original sound – SgCoolGuy1974

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berbangga dan memuji tindakan polis Istana tersebut mengawal jalan untuk menyelamatkan 16 ekor memerang melintasi jalan yang sememangnnya sangat sibuk setiap hari.

Sumber: Tiktok Sgcoolguy, mothership

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SEPANG – Perjalanan seorang lelaki ke tempat kerja berakhir tragedi apabila motosikal ditunggangnya dirempuh kereta di Jalan Sungai...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PASIR GUDANG – Pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dipaksa bermandi peluh sebelum mencatatkan kemenangan tipis 1-0...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PUTRAJAYA – Seramai lima lelaki pekerja kontrak membuat pagar ditahan polis bagi membantu siasatan dua kejadian samun bersenjatakan...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BIRMINGHAM – Aston Villa bangkit daripada kekecewaan minggu lalu untuk melakar kemenangan 2-1 ke atas Everton dalam saingan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications