Memang dah norma masyarakat melayu yang memang takutkan anjing. Bukan apa, kalau tersentuh ianya dah menjadi najis mughallazah iaitu najis berat, maka wajib membasuhnya dengan tujuh kali basuhan dan salah satu daripadanya adalah tanah.
Menerusi perkongsian @ainasyzwna14 di TikTok, apa yang dikatakan “Tragedi 31 Ogos” ini mungkin takkan dapat dilupakan olehnya dan keluarga. Mana tidaknya, apabila seekor anjing dilihat menonong dengan selamba dan terus menuju ke sebuah kereta yang sedang parkir di tepi jalan.
Kelibat anjing itu memang disedari beberapa orang di situ, tapi tak pula disangka anjing itu akan memasuki kereta tersebut bersama-sama mereka yang lain sehingga mencetuskan kekecohan ramai.

Suasana terus bertukar menjadi kecoh dengan bunyi jeritan mereka yang panik dan juga bunyi hon yang dibunyikan berkali-kali yang dikatakan berpunca dari anjing tersebut yang menekan hon di stereng kereta. Amboi pandai eh!
Terbahak-bahak melihat video tersebut
Rata-rata netizen berdekah melihat gelagat mangsa ‘gangguan’ anjing tersebut yang terperangkap di dalam kereta dan hanya boleh menjerit meminta tolong. Ramai juga yang berkata, mungkin anjing tersebut terlalu bosan ber-lockdown dan teringin nak berkawan ikut jalan bersama-sama.
Melihat video tersebut pasti korang pun boleh membayangkan situasi panik dan kecoh seperti itu kan? Sabor aje lah..
Sabun samak rupanya ada jual dekat Shopee
1. SERTWO – Samak & Sertu – Natural Liquid Clay
Klik sini untuk beli: https://shp.ee/62zdanz
2. TAHARAH – Sabun Tanah Samak & Sertu Najis Mughallazah
Klik sini untuk beli: https://shp.ee/kmigmpz
BACA: [VIDEO] Lelaki Ini Kongsikan Barangan Berguna Ketika COVID-19!
