Hi, what are you looking for?

Hiburan

[VIDEO] Asif takut jarum, 2 jam pujuk sebelum cucuk vaksin…


GELAGAT bintang YouTube Drama Spontan, Mohd Asyiff Suhaimi atau Asif menerima suntikan vaksin pada Rabu mencuri perhatian netizen.

Berdasarkan perkongsian video daripada sepupunya yang juga pemilik saluran YouTube popular, Syahmi Sazli, remaja istimewa itu dilihat takut untuk dicucuk dengan jarum suntikan.

Menerusi video berdurasi tiga minit itu, Asif, 19, yang berpakaian hitam bertopi merah cemas apabila petugas kesihatan mahu memulakan prosedur suntikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada ketika itu Asif mula menunjukkan reaksi kurang senang dengan menggaru-garu bahagian lengan kirinya seakan-akan cuba mengelak untuk dicucuk.

Kedengaran petugas kesihatan cuba memujuk dan menenangkan Asif agar memberi kerjasama supaya tidak berlaku perkara tidak diingini ketika proses berkenaan.

“Sakit?” tanya Asif ringkas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tak sakit… Asif jangan tengok, palingkan muka ke arah kain kalau takut,” pujuk petugas.

Namun ketika kapas antiseptik mula digunakan di bahagian suntikan, Asif semakin tidak senang dan mula bertindak balas.

Pada ketika ini kedengaran pujukkan Syahmi agar Asif merelakan diri untuk disuntik pelali berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tak sakit, nak berlakon kena cucuk… Yoe Parey semua dah cucuk, lepaskan tangan tu,” pujuk Syahmi.

Syahmi Syazli dan Asif mencipta nama sebagai bintang YouTube.

Bagaimanapun ‘umpan’ untuk berlakon tidak berhasil apabila Asif mula berdiri dan meronta-ronta sehingga lebih kurang enam individu termasuk petugas kesihatan, sukarelawan dan Syahmi sendiri terpaksa memegang dan menenangkannya.

Selepas hampir dua jam cubaan memujuk dan menenangkan, Asif akhirnya berjaya divaksinasi di lengan kirinya.

Tidak menyedari dia sudah disuntik, Asif akhirnya tersenyum gembira apabila diberitahu proses berkenaan selesai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tak sakit,” katanya sambil tersenyum sebelum disambut sorakan daripada mereka yang berada di lokasi berkenaan.

Asif menerima vaksin jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok.

Sumber: Syahmi Sazli / Mstar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang lelaki dari wilayah Soppeng di Sulawesi Selatan ditahan polis selepas bertindak kejam membunuh bapa tirinya yang sedang tidur dengan menggunakan sebatang...

Mamak News

0 Batal Atau Tak Kunyah Gula-Gula Getah Ketika Berpuasa? Ini Jawapan Mufti Di bulan Ramadan ini, pasti ramai diantara kita yang mempunyai masalah nafas...

Sukan

0 VALLETTA (MALTA) – ­Pres­tasi semasa Mateo Retegui mengukuh­kan lagi pendirian pengendali Itali, Roberto Mancini yang bersedia untuk beri peluang kepada mana-mana pemain dua...

Mamak News

0 BATU PAHAT – Taktik menjadikan kereta sebagai stor menyimpan dadah akhirnya berjaya dihidu polis selepas seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan di Pekan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications