Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

[VIDEO] Budak OKU berkaki sebelah tamat larian buat ramai sebak


PETALING JAYA – Rata-rata pengguna kagum melihat semangat juang yang ditunjukkan seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) yang menyertai satu acara larian.

Ini kerana walaupun mempunyai sebelah kaki dan hanya bertongkat, dia tetap menyertai acara tersebut meskipun kebanyakan peserta kelihatan sempurna.

Menerusi satu klip video yang dikongsi di laman Facebook Malaysia Runners, kelihatan remaja terbabit berlari sambil diiringi seorang wanita.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan wanita itu adalah guru kepada remaja terbabit.

Lebih membanggakan, remaja tersebut berjaya menghabiskan lariannya dan sampai di garisan meskipun berlari dengan bantuan tongkat dikedua-dua tangannya.

Menurut seorang netizen yang berkongsi klip video tersebut dikenali sebagai Muhd Nasrullah Kamal memaklumkan bahawa acara larian itu adalah sempena Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Hulu Langat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“23-25/8 juga berlangsung Kejohanan Olahraga Daerah Hulu Langat. Memang ada acara yang buatkan penonton ‘touching’ (tersentuh).

“Kami hantar 10 orang murid untuk kejohanan kali ni termasuk seorang masalah penglihatan,” tulisnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai komen yang positif kepada remaja terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Adik semangat juang yang tinggi dan semangat kental, terbaik,”ujar Shaharudin Rambo.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ruza Jajuli.

“Terbaik, usaha yang bagus, teruskan perjuangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.
@faridkamaruddin18 Replying to @malikperang original video #ppki #mssd ♬ original sound – Farid Kamaruddin


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement