Menukar warna kereta dengan hanya menekan satu butang kedengaran seperti cerita sains fiksyen yang direka. Tetapi sebenarnya, teknologi ini telah dibangunkan dan dikaji selama lebih sedekad.
Walaupun masih belum mencapai tahap pengeluaran besar-besaran, tetapi konsep Aliran iX BMW yang bahau ini menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya satu pembuat kereta cuba untuk menghasilkannya.
Namun begitu, pada peringkat awal ini perubahan warna belum lagi boleh ditukar secara mendadak seperti dari warna merah kepada hitam kepada bitu, tetapi Aliran iX yang muncul di CES tahun ini merupakan langkah pertama yang bagus.
Aliran iX ini mencapai bahagian luarnya yang berubah warna dengan menggunakan E Ink, bahan yang menggerakkan paparan seperti kertas bagi e-pembaca seperti Amazon Kindle.
BMW menutupi iX dalam balutan tersuai yang mengandungi berjuta-juta mikrokapsul E Ink – setara dengan ketebalan rambut manusia. .
Namun begitu, BMW tidak menyatakan sama ada kereta yang menggunakan teknologi ini akan dikeluarkan atau tidak, tetapi ia akan menjadi ciri yang hebat dan akan dikenakan bayaran $15 (RM63.04) sebulan kepada pengguna untuk mengaksesnya.
BMW showing off their color changing car at #CES today 🤯 pic.twitter.com/epp07gRVoo
— Latest in Engineering (@latestengineer) January 5, 2022
Sumber: motor1.com, Latest in Engineering
