Demi kelangsungan hidup dan memastikan sumber kewangannya tidak terputus, seorang ‘rider’ ini terpaksa berkorban dengan menggendong anak kecilnya ketika bekerja.
Video yang dikongsikan oleh Zanethnasha ini memang membuatkan ramai orang rasa sebak apabila melihat si ibu menggendong anaknya bersama-sama mencari rezeki tatkala panas dan hujan dengan menaiki motosikal.
Walau hanya berkongsi satu video pendek namun ia cukup memberi impak besar kepada kita untuk lebih rasa bersyukur dan sentiasa menolong insan seperti ini.
“Ya Allah kau limpahkanlah rezeki yang melimpah ruah pada kakak tu dan anaknya.. Aminn… Marilah sama-sama kita cari dia dan bantu mana yang mampu.”
Menurutnya, hatinya terus bersimpati apabila melihat kegigihan seorang wanita membawa anaknya ketika ‘bertugas’ dalam panas.
Difahamkan, anak wanita itu mengalami masalah penglihatan tetapi si ibu tetap kuat untuk mencari rezeki untuk anak kesayangan tanpa meminta-minta kepada orang lain.
“Dia tolak pemberian kami tapi kami paksa dia suruh ambil”
Pesannya, kepada orang ramai yang terjumpa wanita ini, sama-samalah kita menghulurkan bantuan untuk meringankan bebannya. Disaat kita dalam keselesaan ingatlah bahawa ada lagi yang masih susah dan perlukan bantuan.
@mamayayahumarsoleh Jom sama2 bantu.. ♬ If it is you – ROSÉ fan account
Sumber: Zanethnasha
