Hi, what are you looking for?

Mamak News

VIDEO: Detik Cemas Runtuhan Bongkah Batu ‘Gergasi’ Hempas Bot, 7 Dilaporkan Maut


BRAZIL – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut, sembilan cedera parah dan tiga orang masih hilang apabila dinding batu runtuh di atas bot bermotor di bawah air terjun di tenggara Brazil, kata jabatan bomba, semalam.

Sebuah menara batu tiba-tiba pecah dari dinding ngarai dan terhempas ke atas beberapa bot santai hingga menyebabkan ombak besar ke atas tasik di Capitolio, di negeri Minas Gerais.

Pasukan penyelamat dan anggota Tentera Laut Brazil bergegas ke Tasik Furnas di negeri Minas Gerais, ketika pelancong yang panik melihat serpihan bongkah batu pecah dari cenuram dan menimpa tiga bot pelancong.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Angka rasmi terkini yang maut ialah tujuh orang dan tiga lagi hilang,” kata jurucakap bomba Minas Gerais, Pedro Aihara.

Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan detik cemas pelancong menjerit apabila tiang batu itu terhempas ke dalam air dan menghempas bot. Hujan lebat selama dua minggu mungkin antara faktor runtuhan itu berlaku.

Mangsa yang cedera dalam kemalangan itu mengalami patah tulang dan seorang mengalami kecederaan parah di kepala dan muka. Kira-kira 23 yang lain dirawat kerana cedera ringan, katanya.

Sumber: Khaleej Times, Youtube

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Apa Sindrom Orang Kaku Yang Dihidapi Ce Dion? Kebiasaannya, kita sering mendengar penyakit atau sindrom str yang dikenali sebagai angin ahmar yang dialami...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Sebuah keluarga yang mempunyai tanggungan dua orang anak atau lebih memerlukan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan sebagai perbelanjaan membeli barang basah atau...

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications