Hi, what are you looking for?

rumah pusaka penampakan kelibat

Seram

[VIDEO] Dua Tahun Tak Balik Kampung, ‘Kelibat’ Muncul Di Rumah Pusaka


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

NIAT asal mahu merakam rumah pusaka dan kebun durian, namun ‘benda’ lain pula yang menjelma.

Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok oleh @wshw1105, kelihatan dua ‘kelibat’ putih yang muncul secara tiba-tiba di bahagian tingkap dan pintu rumah pusaka berkenaan.

Situasi tersebut nyata membuatkan bulu roma mereka yang menontonnya meremang, lebih-lebih lagi disertakan lagu Gurindam Dua Belas sebagai latar belakang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih 109,000 jumlah tontonan selain dibanjiri komen netizen yang rata-rata mengakui turut ternampak kelibat entiti berkenaan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Najwa Shammimie Mohd Zain berkata video yang dimuat naik itu dirakam oleh salah seorang ibu saudaranya di kampung mereka di Tanah Merah, Kelantan.

“Makcik saya saja je rakam masa dia ke kawasan tersebut… niatnya nak rakam rumah pusaka milik ibu saudara kepada umi saya dan juga kebun durian di situ.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Makcik kemudian hantar video dekat WhatsApp grup famili. Masa dia rakam tu, dia sendiri tak perasan. Kemudian ada seorang lagi ibu saudara saya dalam grup tu tanya ‘nampak tak sesuatu dalam video tu?’.

“Selepas itu kami pun zoom dan nampaklah sesuatu seperti yang dikatakan ibu saudara saya tu. Serta merta memang meremang,” ujar wanita berusia 23 tahun ini.

Menurutnya yang senang disapa sebagai Wawa, salah seorang saudaranya kemudian memeriksa rumah pusaka berkenaan keesokan hari namun tidak menemui sebarang perkara yang aneh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebenarnya rumah tersebut dah lama kosong tanpa penghuni.. Umi beritahu sejak dia kecil lagi, rumah tu dah kosong sebab ibu serta bapa saudaranya berkahwin dan berpindah.

“Umi memang membesar dekat rumah berdekatan rumah pusaka tu. Kata umi, rumah tu memang ngosek (menyeramkan) sikit sejak-sejak kosong. Walaupun dah terbiar kosong dalam tempoh yang lama, tapi ia tetap utuh,” ujar penuntut Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari sebuah Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ini.

Tambah Wawa, dia dan keluarganya menetap di Seri Kembangan, Selangor dan sudah hampir dua tahun tidak pulang ke kampung halaman di Kelantan.

“Kali terakhir balik Kelantan adalah pada 2019. Ayah dan umi dua-dua berasal dari negeri yang sama. Rindu juga nak balik kampung tapi situasi sekarang menjadi kekangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Misteri 3 Beranak Berpakaian Putih Tepi Jalan Pukul 5 Pagi

“Saya sendiri pernah saja ke kawasan tersebut sebab ada pokok durian. Tapi tak pernah alami apa-apa yang menyeramkan. Sepanjang hidup pun saya tak pernah nampak benda mistik… tapi bila tengok video tu, terus malam tu tak lena tidur,” ujar anak sulung daripada tujuh adik beradik ini lagi.

Hanya sekadar berkongsi video berkenaan secara suka-suka, Wawa berkata dia sama sekali tidak menyangka ia mengundang perhatian ramai dan menjadi tular.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Antara salah satu sebab saya post kerana nak tengok kalau-kalau ada orang lain turut nampak ‘sesuatu’ dalam gambar tu. Memang ramai komen beritahu nampak ‘benda’. Mereka percaya ia video original tanpa edit.

“Sejujurnya, saya nampak ada satu saja di bahagian pintu. Tapi ada yang nampak ada dua iaitu di tingkap dan pintu. Mereka beritahu di pintu adalah sosok cik ponti, dan di tingkap pula hantu ‘gula-gula’ (pocong).

“Tak kurang juga ada yang DM siap minta alamat sebab nak pergi siasat. Tapi ada orang yang tengok TikTok saya dan kebetulan tinggal berhampiran kampung kami di Batu 8, Tanah Merah dah pergi situ sejak video viral. Dekat komen, dia beritahu memang seram.

“Tapi ada juga dekat komen tu cakap ia video edit… ada kata ia pantulan cahaya. Saya tak kisah, setiap orang ada pandangan masing-masing. Cuma kena ingat, di dunia ni bukan kita saja yang diami tapi ada juga makhluk lain yang tak nampak dengan mata kasar,” ujarnya lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: mStar

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SUNGAI SIPUT – Empat beranak nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung sedalam 30 meter...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JAKARTA: Seorang pekerja kurier J&T Express dilaporkan membawa lari duit syarikat itu sebanyak 531 juta rupiah (RM151,583). Selepas...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BANGKOK, 27 Nov (Bernama) — Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru dilantik tepat pada masanya kerana...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Ahad hujung minggu kebiasaannya masa di rumah bersama keluarga, namun lain pula dengan Perdana Menteri,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications