Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

[VIDEO] Gadis Diganggu 2 Lelaki Tidak Dikenali, Takut & Undang Rasa Tidak Selesa


Viral satu video di media sosial menunjukkan dua orang remaja perempuan dipercayai diganggu oleh dua individu yang tidak dikenali ketika mereka sedang beriadah di taman.

Berdasarkan video yang dikongsikan di TikTok, gadis yang dikenali dengan nama Nur Khaizatul mendakwa dia bersama rakannya sedang beriadah di taman namun tiba-tiba ada dua individu lelaki yang menaiki motosikal datang menghampiri mereka.

Salah seorang lelaki yang memakai tshirt berwarna merah dengan selambanya duduk di sebelah salah seorang remaja perempuan berkenaan sambil meminta nombor telefon dan alamat rumah mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dakwa gadis ini lagi, dia dan rakannya sudah meminta individu berkenaan untuk beredar tapi malangnya mereka langsung tidak mengendahkan permintaan tersebut. Malah, individu terbabit dikatakan tetap memaksa gadis berkenaan supaya memberikan nombor telefonnya.

BACA: DITAHAN POLIS! ‘Kantoi’ Kononnya 14 Ahli Keluarga Maut Disebabkan COVID-19

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak tahan dengan desakan mereka, gadis tersebut kemudian memberikan nombor telefon teman lelakinya dan tidak lama selepas itu, barulah kedua-dua individu berkenaan beredar.

“BUKAN TAKNAK LARI…”

| Kampungmamakcom

COVER REPORT SUDAH DIBUAT

Setelah menerima nasihat dari pelbagai pihak, akhirnya gadis ini dan rakannya bertindak membuat satu cover report demi mengelakkan diganggu semula oleh 2 lelaki itu di masa hadapan.

Jelasnya, ianya hanyalah cover report untuk menjamin keselamatan dia dan keluarganya, dan bukan laporan ke atas 2 lelaki tersebut. Sekiranya mereka masih diganggu, lelaki terbabit boleh dikenakan tindakan oleh pihak polis.

KOMEN DARI NETIZEN

Video yang tular itu turut menerima pelbagai reaksi dari netizen.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom
| Kampungmamakcom
| Kampungmamakcom
| Kampungmamakcom
| Kampungmamakcom

Sumber: Tiktok/nrkhaizatulll

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement