Perkara berkaitan mistik yang kadangkala terjadi di sekeliling kita sememangnya boleh menimbulkan rasa seram. Gangguan seperti bunyi pun sudah cukup meremangkan bulu roma, apatah lagi ketika ia ‘menjelmakan’ diri di hadapan kita secara tiba-tiba.
Lebih menakutkan, apabila terdapat bukti yang jelas seperti rakaman video yang menampakkan kewujudan entiti misteri yang selalunya tidak dapat dilihat secara mata kasar.
Seperti pengalaman seorang gadis ini yang telah merakam satu kelibat dipercayai seakan pocong sedang bersandar di kereta bersama bunyi salakan anjing yang kuat.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @kwiena, jelas kelihatan penampakan sosok putih itu berada bersebelahan kereta yang diparkir berdekatan rumahnya. Video tersebut dikatakan telah dirakam pada jam 9 malam.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan berkenaan kesahihan video tersebut yang telah meraih lebih 400 ribu tontonan oleh warganet. Bagaimanapun, ia telah menarik perhatian ramai kerana penampakan itu sangat jelas setelah video itu disunting semula.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet yang menonton video beranggapan bahawa rakaman berkenaan adalah benar kerana ia dirakam bersama bunyi salakan anjing.





Sumber: Tiktok @kwiena / SiakapKeli
BACA: [VIDEO] ‘Pocong’ Cucuk Vaksin Di Sungai Buloh – “Tak Penat Ke Lompat-Lompat Tu?”
RM13.01
