Hi, what are you looking for?

Mamak News

[VIDEO] Ikan Yu Paus Gergasi Di Temui Berenang Di Perairan Langkawi


Ikan yu paus atau nama globalnya whale shark (Rhincodon typus) adalah sejenis ikan yu yang bergerak perlahan dan merupakan haiwan yang mangamalkan diet pemakanan bertapis, ia juga merupakan spesies ikan bersaiz besar.

Saiz ikan yu paus terpanjang yang pernah direkod berukuran 12.65 meter. Manakala terberat adalah lebih dari 36tan (79,000 lb).

IKAN YU PAUS TERAKAM DI PERAIRAN LANGKAWI

Baru-baru ini telah tular di media sosial sebuah rakaman video yang memaparkan seorang lelaki telah terjumpa dengan seekor ikan yu paus atau whale shark ketika sedang berada di atas bot di perairan Langkawi.

Dalam video TikTok yang dikongsikan oleh @fikrimizan_ent95 itu, ikan tersebut dilihat berenang menuju ke arah bot mereka. Jelas kelihatan saiz ikan yu paus tersebut yang sangat besar ketika berenang melintasi bawah bot yang dinaiki mereka. Lihat video di bawah:

Advertisement. Scroll to continue reading.

SPESIS TIDAK BERBAHAYA

Spesis yu ini walaupun bersaiz monster, tetapi ia tidaklah berbahaya kepada manusia. Malah bersifat lemah lembut dan mudah berenang bersama manusia tanpa perlu rasa bimbang.

BACA: [VIDEO] Selepas 16 Tahun, Penyu Akhirnya Mendarat Di Pantai Batu Burok

Penyelam dan ikan lain bebas berenang dan menyelam tanpa rasa curiga atau berisiko untuk diserang.

Cuma penyelam perlu berjaga akan ekor ikan ini yang panjang dan berbentuk sabit kerana ia boleh melibas dengan kuat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Bersangka baik pada bulan puasa, tiada istilah terpaksa dalam diri saya.” Demikian respons ibu kepada penyampai radio dan pelawak, Shuib...

Travel

0 Langkawi antara destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai, malah pulau bebas cukai itu juga mempunyai banyak tarikan lain untuk dilawati. Nak cari penginapan...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa buah negeri sehingga pukul 6...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang lelaki dari wilayah Soppeng di Sulawesi Selatan ditahan polis selepas bertindak kejam membunuh bapa tirinya yang sedang tidur dengan menggunakan sebatang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications